Keluarga leka tonton filem Hantu Kak Limah, anak dibiar tertidur di tangga
Semalam heboh di media sosial bapa tertinggal anak lelakinya yang tertidur di atas meja makan selepas keluarga berkenaan selesai makan di sebuah restoran.
Hari ini, tersebar pula gambar seorang kanak-kanak lelaki tertidur di tangga di dalam panggung wayang kerana keluarganya leka menonton filem sehingga terlupa pada anak sendiri.
Menurut Nur Fitri Damia, kejadian itu berlaku pada Khamis lalu di Golden Screen Cinema (GSC) Aeon Melaka.
"Filem Hantu Kak Limah ditayang pada jam 11.20 malam. Dibiarkan anak bermain turun naik tangga semasa wayang sedag berlangsung.
"Akibat terlalu penat, anak itu tertidur di tangga dan dibiarkan dari tengah filem sampai habis filem.
"Kakitangan GSC cuba mencari ibunya, namun gagal berbuat demikian. Rupanya ibunya duduk di seat depan paling kanan. Anaknya pula di tangga atas paling kiri.
"Kalau anak dia kena pijak atau kena culik, tolong beri hukuman berat kepada ibu bapanya. Ini kes kecuaian!" kata sumber.
Sementara itu, netizen kesal dengan tindakan ibu bapa kanak-kanak itu yang lebih mengutamakan hiburan dari dari keselamatan anak.
"Anak sebesar itu hilang dari pandangan mata punyalah lama. Boleh mak dia tak cari anak dia di mana? Can't brain." - Norhayati.
"Mak apa sampai tak tengok anak? Penting sangat ke Hantu Kak Limah berbanding anak? Kalau hilang ke, orang culik ke, menangis tak berlagu la," - Nilly.
"Jangan anak dah hilang, kau pula jadi Hantu Kak Limah. Bodoh tak boleh diajar ni. Kalau akulah, jumpa mak bapa dia, ada kena penampar laju-lau. Biar insaf sikit. Otak jangan letak di tapak kaki," - Ijam Mohd.
BERITA BERKAITAN:
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment