'Dengan nama Allah! Benda ini terjadi pada kat aku petang tadi' - Pengguna Twitter buat cerita palsu dikecam netizen


Tindakan seorang pengguna Twitter cuba menipu kononnya terjumpa makhluk halus di rumahnya dikecam teruk oleh netizen. 

Terdahulu, individu bernama Megat, mendakwa ternampak kelibat makhluk tersebut pada waktu petang dan sanggup bersumpah bahawa dia sendiri ternampak penampakan itu.

"Dengan nama Allah! Bende nie jadi kat aku petang tadi maghrib sambil nak bakar rokok sementara tunggu Azan baru balik kerja. Ada benda terbang, sambil menari nari kat atas pokok! Ya Allah, tuhan je tahu apa aku rasa." tulisnya.

Beberapa rakannya cuba meminta kepastiannya, Megat berkata di bersumpah dan tidak bergurau mengenainya. 

"Weyy, tak pernah bergurau bab-bab nie wey. Sumpah. Aku nak smoke terus tak jadi matt, member menggigil thoo.

"Aku sendiri pun masih tak percaya apa benda aku tengok," tulis Megat. 



Bagaimanapun, penipuan Megat terbongkar apabila tampil beberapa individu mendakwa video tersebut telah dimuat naik ke laman YouTube pada 2017. 

"Baru jadi dekat kau? Video tujuh bulan lepas ini nampak seperti video awak," perli Holyieee. 


Rata-rata netizen mengecam perbuatan keji Megat yang dipercayai cuba menipu demi mendapat jumlah retweet yang banyak biarpun terpaksa menggunakan nama Tuhan. 

Netizen juga menyeru orang ramai membuat aduan terhadap pemilik akaun itu kepada pihak pengendali laman berkenaan dari terus memperdayakan orang ramai. 


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.