Netizens Dedah Identiti Pegawai Mat Sabu Yang Disiasat, Rafizi Diserang Pro PH.



Politik | Selepas SPRM dilaporkan sedang menyiasat pegawai khas kepada Menteri Pertahanan, Muhammad Sabu, beberapa netizens mula menjalankan siasatan sendiri dengan mencari maklumat mengenai individu yang dimaksudkan.

Daniel misalnya telah mendedahkan beberapa butiran mengenai individu yang disiasat menerusi akaun Facebooknya semalam, seperti gambar dan dokumen pengisytiharan muflis. (AW telah menutup ruangan nombor kad pengenalan dan alamat kerana terikat dengan akta perlindungan data).


Ini susulan dari kenyataan media Rafizi yang turut mendedahkan 4 butiran pembayaran yang kesemuanya berjumlah rm800,000 bagi membebaskan pegawai khas Muhammad Sabu yang dikenali sebagai Mohd Azhar Bin Che Mat Dali dari status kebankrapan.

Pihak kami dimaklumkan, satu-satu penjawat awam tidak boleh diisytiharkan sebagai muflis jika mahu dilantik ke dalam kerajaan.

Semakan kami di portal https://www.comparehero.my/blog/apa-anda-perlu-tahu-tentang-muflis-di-malaysia menyatakan;

"Individu muflis tidak dibenarkan bekerja dalam profesion tertentu yang mempunyai sekatan yang dikenakan oleh persatuan professional atau pihak berkuasa. Contoh pekerjaan yang individu muflis tidak boleh bekerja adalah:
 

👉 Peguam 
👉 Juru Ukur 
👉 Akauntan
👉 Doktor

Selain daripada itu, individu muflis juga tidak boleh dilantik sebagai pengarah syarikat. Individu muflis tidak boleh memiliki perniagaan atau menjadi sebahagian daripada pemilik perniagaan. 


Jadi setelah muflis, individu tersebut tidak boleh melakukan sebarang perniagaan," tulis portal itu.

Malahan di portal rasmi kerajaan : http://www.mdi.gov.my/index.php/ms/faqs/bankruptcy juga tidak menyatakan apa-apa larangan terhadap mana-mana individu yang diisytiharkan muflis dari bekerja di sektor awam secara tegas.


Bagaimanapun pihak kami tidak menolak ia mungkin melanggar etika keprofesionalisma bagi penjawat awam yang terbabit.

4 bayaran yang didedahkan oleh Rafizi adalah seperti berikut;

"Penyata insolvensi bagi kes bernombor sama (29-3936-07/2013) menunjukkan 4 bayaran besar dimasukkan dalam tempoh 2 hari," tulis Rafizi Ramli.



30 Mei 2018 : 318,525,00
30 Mei 2018 : 100,000.00
30 Mei 2018 : 300,000.00
31 Mei 2018 : 100,800.00

Rafizi membuat kenyataan alasan crowdfunding adalah tidak boleh diterima, bagi mempertikaikan kredibliti individu berkenaan.


Meskipun menuntut penjelasan lanjut dan kes sedang disiasat SPRM, sesetengah penyokong Pakatan Harapan nampaknya tidak senang dengan perbuatan Rafizi;


Azizul Saat : Maaf tuan Rafizi. Sprm sedang siasat pembantu Tuan Mat Sabu. Biarkan lah SPRM siasat. Tuan tidak perlu bising sangat. Saya nak tanya yang Tuan tu biarkan pembantu tuan memfitnah Tun itu kenapa? Tuan tak nak bising pada pembantu tuan ke? Tuan tahu tak Nabi Muhammad saw ajar, memfitnah ni dosanya lagi besar dari dosa membunuh? Tuan langsung tidak ada rasa sedikit pun takut pada perbuatan dosa kepada Allah ke? Nak beritahu tuan dan orang pkr. Kreativiti strategi membuat fitnah itu adalah perkara korupsi. Kalau tuan tidak mahu tegur dan ubah cara itu. Rakyat akan ubah Tuan dan Kroni tuan.. Seperti mana rakyat ubah umno dan pas.. Jika bukan fitnah sila kemukakan bukti.. Kami Nak lihat bukti Tun salah.. Sekian.

Shah Putra : Patutnya masa PH menang rafizi kena cek awal-awal lagi.. Baru sekarang semua YB nak cari salah lingkup la PH. Kenapa Rafizi tak siasat je Tun kan lagi senang. Elok YB Rafizi jadi menteri pertahanan atau MB besar je baru rakyat boleh tengok cara YB urus.. ini tau nak hentam.

Amir Hamzah : Memang betul jika nak pastikan dan sentiasa pantau orang-orang sendiri. Tapi biarlah berperingkat setelkan dulu siasat kroni-kroni BN. Diorang tak terjejas sikit pun walau pun banyak pendedahan dah buat. Fikir dan cuba selesaikan. Adakah puncanya penguatkuasaan tal pandai ke apa ke. Kamu orangkan banyak link dalam kerajaan sekarang. Ke adakah tujuan pendedahan sebelum ini hanya untuk PRU je. Lepas menang PRU pakat senyap. Gunakanla kebolehan diri buat perkara yang hebat dari merosakkan reputasi sendiri. Sebab banyak mende dah nampak macam fitnah.

Rina Irina : Yang kau sibuk tak dapat jawatan tu apa nya, nak pecah belah kan parti. Patutlah kamu tak layak terima jawatan apa apa dari kerajaan kerana perangai kamu sendiri.

Al Kerrango : Maknanya dia dah bankrap lama. Masa jadi pegawai khas atau penyelaras dun pun dah bankrap. Mcm mana pula masa tu saudara YB tak bantah dan biarkan sahaja penang bayar gaji dia sebagai penyelaras dun.

Mokhtar Ahmad : Inilah orang yang nak popular cari isu konon hero. Tak ada langsung bantu bangunkan negara. Orang sibuk betulkan negara dia sibuk nak pangkat dan kuasa. Mudah-mudahan Azmin menang.


Di portal Sabahkini2, sebuah portal berita pro pembangkang, melaporkan sekurang-kurangnya terdapat 12 pihak yang didakwa menyumbang, mengumpul dana dan memberikan pinjaman kepada pegawai khas Menteri Pertahanan bagi membantu beliau bebas dari status kebankrapan, seperti yang didedahkan SPRM.

Sementara itu dalam perkembangan yang sama, Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong mempertikaikan tindakan Rafizi yang tidak berhubung dengannya bagi mendapatkan penjelasan atas perkara yang dibangkitkan.



“Rafizi boleh sahaja menelefon. Beliau juga boleh menghubungi saya, menteri atau individu yang dirujuknya untuk penjelasan,” katanya.

“Saya rasa tidak perlulah perbicaraan di media. Tiada keraguan, kita membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan,” jelasnya lagi. - 16 Ogos 2018.


Sumber : Friscomedia

Sumber : SuperKiram

No comments

Powered by Blogger.