3 pelajar IPTS (Bandar Sunway) kantoi edar ganja hampir 1 kilogram, ditahan polis



Tiga penuntut institut pengajian tinggi swasta (IPTS) di Bandar Sunway ditahan polis pada Sabtu lalu kerana disyaki terbabit dalam kegiatan mengedar dadah jenis ganja. 


Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenaah Narkotik, IPD Subang Jaya melakukan dua serbuan di asrama IPTS berkenaan. 


Dalam serbuan pertama pada jam 12.15 tengah malam, dua lelaki ditahan dan polis  turut merampas sebekas plastik berisi satu paket plastik lutsinar yang mengandungi ketulan mampat dedaun kering disyaki dadah jenis ganja dengan anggaran berat 34.3 gram. 


Serbuan kedua pula, polis menahan seorang lelaki bersama sebekas plastik berpenutup hijau yang mengandungi tiga ketulan mampat dedaun kering disyaki dadah jenis ganja dengan anggaran berat 868.7 gram. 


Kesemua suspek berusia 20 tahun itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau, namun hasil ujian saringan awal air kencing mendapati mereka positif dadah jenis THC. 


Suspek direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39B akta sama.


Dalam pada itu juga, Wan Azlan mendedahkan berlaku peningkatan dalam tangkapan kes dadah yang membabitkan golongan belia terutamanya dalam kalangan pelajar IPT. 


Beliau menasihatkan golongan ibu bapa sentiasa memantau aktiviti anak-anak agar mereka tidak terjebak dengan sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah yang boleh memusnahkan masa depan mereka. 


Sumber: Harian Metro



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.