'Rumah takde air konon...eheh!' - Lelaki dicekup berkhalwat dengan janda anak 11



Seorang duda dicekup berkhalwat dengan 'kakak angkatnya' dalam operasi yang dijalankan oleh Unit Penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Jasin (PAIDJ) pada jam 3.20 pagi Ahad lalu di Taman Maju. 


Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che Mat berkata, bapa kepada dua anak berusia 35 tahun itu yang juga anggota pasukan keselamatan memberi alasan kediamannya terputus bekalan air dan terpaksa menumpang di rumah kakak angkatnya. 


Bagaimanapun taktik lelaki itu untuk meraih simpati anggota penguatkuasa tidak kesampaian dan siasatan lanjut mendapati, kakak angkatnya yang berusia 46 tahun itu sebenarnya adalah tunang orang yang bakal berkahwin kali ketiga pada April depan. 


Sebelum itu, anggota penguatkuasa terpaksa menunggu selama 15 minit di depan pintu rumah yang kemudian dibuka oleh seorang wanita. 


Pemeriksaan di dalam rumah menemui anak wanita berkenaan berusia 16 tahun dan seorang duda di atas katil dalam bilik hadapan, serta seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di bilik belakang. 


Siasatan juga mendapati, duda berkenaan baru bercerai pada Januari lalu dan berkawan dengan anak lelaki janda terbabit yang kemudian dijadikan sebagai kakak angkat. 


Difahamkan, wanita yang tidak bekerja itu mempunyai 11 orang anak di mana lapan anak adalah hasil daripada perkahwinan pertama dan tiga lagi anak dengan suami kedua. Dia juga pernah ditangkap berkhalwat dengan lelaki lain dua tahun lalu. 


Pasangan itu disyaki bersekedudukan sejak setahun lalu dan ditahan untuk membantu siasatan. Remaja terbabit turut disiasat atas dakwaan bersubahat. 


Sumber: Harian Metro



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.