Driver e-hailing maut dihempap kereta ketika cuba servis kenderaan miliknya di Presint 5
Malang tak berbau, seorang lelaki berusia 30 tahun dilaporkan maut akibat dihempap kereta ketika sedang melakukan servis pada kenderaan miliknya berdekatan sebuah pangsapuri di Presint 5, semalam.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, pasukan perubatan Hospital Putrajaya yang datang ke lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian.
Difahamkan, polis menerima laporan dari orang awam pada jam 11.48 pagi yang menyatakan mangsa tersepit di bawah kenderaan.
Setibanya polis di tempat kejadian pada jam 12 tengahari mendapati, mangsa telah dikeluarkan dari bawah kenderaan itu dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM).
Siasatan awal mendapati, mangsa dikenali sebagai Mohammad Azim Mohd Sanusi yang bekerja sebagai pemandu e-hailing pada masa itu sedang menukar minyak hitam dan brek tayar hadapan sebelah kanan.
Tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian tersebut dan mayat mangsa telah dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematiannya.
Sumber: Harian Metro
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment