(Video) 'Akak jual nasi lemak seringgit, matilah kami' - Peniaga nasi lemak RM1 dakwa 'diserang' pengusaha kantin
Seorang peniaga nasi lemak RM1 berdekatan dengan Klinik Kesihatan Seksyen 7 Shah Alam, mengakui dirinya terkilan selepas ditegur oleh pengusaha kantin berdekatan yang datang meluahkan rasa tidak puas hati dengannya.
Dalam penjelasan Aina melalui aplikasi TikTok berkata, lelaki itu mendakwa perniagaan nasi lemak Aina bukan saja telah menjejaskan jualannya, malah menghalang laluan utama kenderaan yang melalui jalan tersebut.
"Saya minta tolong dekat akak. Dari sebakul (nasi lemak) ke dua bakul kan? Betul ini jalan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), akak nak MBSA datang ke macam mana? Saya peniaga dalam kantin dan ada tender di sini. Akak tutup jalan utama kak," kata pengusaha kantin berkenaan.
Aina menjelaskan dia sudah bertanya kepada beberapa orang di kawasan itu yang memaklumkan tiada masalah untuk berniaga di kawasan itu. Tindakan lelaki itu yang datang 'menyerangnya' dianggap tidak memahami konsep rezeki di mana setiap peniaga itu ada rezeki masing-masing.
"You faham konsep rezeki tak? Rezeki itu Allah punya. So apa masalahnya? Nasi lemak abang tak habis, salah saya ke?" balas Aina.
"Jadi akak kata akak betul? Kalau konsep rezeki, akak pergi berniaga di tempat lain yang tak ada orang lain dan tawakal. Itu baru betul. Sekarang ni akak tutup (periuk nasi) kami. Akak jual nasi lemak seringgit, mati la kami.
"Jangan cakap rezeki itu Allah yang punya, bukan. Selama 42 tahun saya hidup, bukan syaitan yang bagi saya rezeki, bukan pokok besar ini bagi rezeki, bukan pokok itu bagi rezeki.
"Masalahnya jualan nasi lemak saya tak habis. Saya jual nasi lemak berlauk kak. Akak pula jual nasi lemak seringgit. Itu yang malas nak bercakap dengan orang macam ni. Dia tak faham konsep!" tegas lelaki berkenaan.
Kemudian tampil seorang lagi peniaga yang menjelaskan kawasan itu tidak dibenarkan untuk berniaga dan sekiranya dibenarkan, sudah lama mereka berbuat demikian. Mereka boleh membuat aduan kepada MBSA terhadap Aina, tetapi tidak berbuat demikian kerana enggan menyusahkan Aina.
Pengusaha kantin itu mendakwa pernah berlaku insiden yang sama di mana seorang pakcik berbuat demikian menyebabkan perniagaannya terus terjejas selama dua bulan.
"Saya boleh buat report, tapi saya tak nak buat. Tak apa kak, esok akak jangan berniaga di sini. Saya berniaga di kantin tu dengan sewa RM900 sebulan. Empat tahun saya dah berniaga di sini. Disebabkan orang beli nasi lemak akak RM1, tak ada orang nak beli nasi lemak saya," katanya.
Aina enggan mengalah dan menjelaskan tidak wajar dirinya dipersalahkan sekiranya jualan nasi lemak lelaki itu tidak berjalan dengan lancar. Tambah Aina, setiap hari dia datang berniaga di lokasi itu hanya menjual 100 bungkus nasi lemak.
Kata-katanya menyebabkan lelaki itu memotong percakapannya dan memaklumkan dia pula menjual 70 bungkus nasi lemak.
"Akak carilah rezeki halal, ini rezeki tak halal kak. Akak potong usaha orang. Jangan cakap konsep rezeki Allah, akak gemuk macam ni siapa yang bagi rezeki? Iblis bagi rezeki?
"Kalau akak percaya pada konsep rezeki Allah, akak cari tempat mana-mana yang tak ada orang berniaga dan akak tawakal. Kami bertender di sini, saya dulu... ey janganlah cerita. Empat tahun kami Covid kat sini, payahl Tolonglah jangan kacau rezeki orang," kata lelaki berkenaan.
Aina sekali lagi membantah kata-katanya dan meminta lelaki itu yang berniaga di kantin juga bertawakal seperti mana yang dia meminta Aina untuk berbuat demikian.
Tetapi dia menjawab, tidak mungkin dapat berbuat demikian kerana kedatangan Aina berniaga nasi lemak dengan harga RM1 di situ telah menjejaskan penjualan nasi lemaknya yang berharga RM3.
Melihat keadaan menjadi semakin tidak terkawal, datang seorang pengawal keselamatan untuk meleraikan perbalahan dua peniaga terbabit.
@teacher_aina Benda nak jadi.. Tak pelah.. Mana2 customer yang selalu beli dengan saya di Klinik Kesihatan seksyen 7 Shah Alam, sebelah jalan besar. In shaa Allah.. Esok saya cari port baru. Rezeki Allah ada di mana2.. Mungkin bukan rezeki saya berniaga kat tempat tu. Semoga murah rezeki abg yang jual nasi lemak tender.. Dan abg yang jual roti juga.. Semoga dipermudahkan semua urusan dan dimurahkan rezeki. Esok in shaa Allah saya update tempat baru. Are seksyen 7 juga, shah alam ya. #nasilemakrm1 #viral #shahalam ♬ original sound - Teacher Aina Home Tuition
"Benda nak jadi, tak apalah. Mana-mana customer yang selalu beli dengan saya di klinik itu, sebelah jalan besar. InshaAllah esok saya cari port baru. Rezeki Allah ada di mana-mana. Mungkin bukan rezeki saya berniaga di tempat tu.
"Semoga murah rezeki abang yang jual nasi lemak tender dan abang yang jual roti juga. Semoga dipermudahkan semua urusan dan dimurahkan rezeki.
"Esok inshaAllah saya update tempat baru, area Seksyen 7 Shah Alam juga," kata Aina.
Sementara itu di ruangan komen, netizen berbelah bagi memberi pendapat masing-masing. Ada yang menyokong Aina dan tidak kurang juga yang menyokong pengusaha kantin itu yang berniaga mengikut cara yang betul.
"Abang tu kena bayar sewa kedai, cukai pintu, bil api, bil air, so ya, saya sokong abang tu," kata Aziman.
"Aku setuju dengan abang tu. Penat kita berniaga bayar bil api air, sewa kedai, cukai pintu, berkejar nak masuk tender bid harga, completekan dokumen," kata Nur Amiera.
"Geram pula bila dengar sampai habis. Betul la abang tu marah. Dia bayar sewa, lesen cukai macam-macam nak bayar. Kalau jual RM1, macam mana nak pusing modal," kata Roziah.
"Semua jawapan akak saya sokong 100 peratus. Terbaik kak. Yang penting akak gerak dari tapak tu. Kedai dia tetap kosong. Lepas ni tanya dia balik. Dah percaya rezeki Allah," kata Brocuba.
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment