Bayi berusia 2 bulan meninggal dunia akibat ditindih abangnya (secara tidak sengaja) ketika tidur
Foto : Malaysia Gazette |
Seorang bayi perempuan berusia dua bulan dilaporkan meninggal dunia dipercayai ditindih abangnya berusia lima tahun secara tidak sengaja, ketika tidur di kediaman mereka di Taman Bidara Setia, Masjid Tanah, awal pagi semalam.
Menurut bapa mangsa, Meor Syazalee Sha @ Meor Sha, 38, berkata, dia dan isterinya reda dengan kejadian itu.
"Ujian saya ini sikit saja berbanding dengan orang lain yang turut diuji kehilangan ahli keluarga tercinta.
"Ini semua ketentuan Allah, saya dan isteri hanya mampu beristifhfar saja. Memang sedih, nak kata tunggu anak perempuan tidaklah. Tapi selepas dapat tiga anak lelaki dan dapat pula anak bongsu perempuan, syukur," katanya.
Menurut Meor, ketika kejadian anak perempuannya itu tidur bersama dengan isterinya di dalam bilik. Manakala tiga lagi anak lelakinya berusia 9, 6 dan lima tahun tidur di bilik berasingan.
Isterinya hnaya menyedari anak bongsu mereka tidak sedarkan diri pada awal pagi selepas mendapati mangsa tidak bergerak dan mendapati anak lelaki berusia lima tahun tidur di sebelah bayi.
Bimbang melihat keadaan mangsa, mereka terus membawanya ke hospital dan doktor mengesahkan Maryam telah meninggal dunia.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu, mengesahkan kejadian itu dan akan mengeluarkan kenyatan selepas menerima hasil laporan bedah siasat.
Minggu lalu, seorang bayi berusia dua bulan juga meninggal dunia akibat ditinduh ibunya secara tidak sengaja semasa tidur, dalam kejadian yang berlaku di Indonesia.
Difahamkan ketika kejadian, si ibu sedang menyusukan anaknya dan tertidur tanpa menyedari badannya menindih mangsa, menyebabkan bayi itu 'lemas' dan akhirnya meninggal dunia.
Sumber: Harian Metro
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment