Takut mati dijangkiti Covid-19, wanita kurung diri dalam rumah bersama bayinya sejak 3 tahun lalu
Disebabkan ketakutan yang melampau terhadap penyakit Covid-19, seorang wanita sanggup mengurung diri bersama dengan anak lelakinya yang masih bawah umur di kediaman mereka di Chakkarpur Gurugram selama tiga tahun.
Perkara itu terbongkar apabial suami wanita itu, Sujan Majhi, jurutera di sebuah syarikat swasta, meminta bantuan polis untuk mengeluarkan isteri dan anaknya dari rumah berkenaan.
Sepasukan polis bersama pegawai kesihatan dan anggota jabatan kebajikan kemudian datang ke lokasi untuk memecahkan pintu utama dan menyelamatkan Mumun Majhi dan anak lelakinya berusia 10 tahun.
Keadaan dalam rumah ketika itu penuh berselerakan dengan timbunan pakaian, rambut, sampah, kotoran dan barangan runcit berselerak di sekeliling.
Difahamkan, si ibu memotong rambut anaknya dan dirinya sendiri sepanjang tempoh berkenaan. Sementara itu, aktiviti memasak pula menggunakan dapur elektrik. Sampah di rumah pula tidak dibuang selama tiga tahun.
Lebih mengejutkan, sepanjang tempoh tiga tahun itu, tiada sesiapa yang pernah mengunjungi dua beranak berkenaan. Kanak-kanak itu banyak meluangkan masa melukis di dinding rumah dan hanya belajar menggunakan pensel. Si ibu juga mengakui anaknya tidak pernah melihat matahari.
Jiran-jiran berdekatan berkata, mereka tidak mengetahui Munmun dan anaknya terkunci dari dalam rumah.
Siasatan polis kemudian mendapati, Munmun panik dan tidak berani keluar dari rumah kerana bimbang anaknya akan mati sekiranya dia keluar.
Sepanjang tiga tahun berpantang dengan anaknya, Munmun langsung tidak membenarkan suaminya masuk ke dalam rumah. Kali terakhir suaminya keluar dari rumah itu pada tahun 2020 selepas sekatan pertama ditarik balik dan dia tidak dibenarkan masuk semula ke rumah sejak dari itu.
Satu-satunya cara Majhi kekal berhubung dengan isterinya adalah melalui panggilan video. Dalam masa sama, Majhi membayar sewa bulanan rumah, bil elektrik, mendepositkan yuran sekolah anaknya, membeli barangan runcit dan sayur-sayuran dan juga meninggal semua barang itu di luar pintu utama.
Selepas diselamatkan, dua beranak itu terus dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Sumber: NDTV
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment