(Video) '3 tahun kami jaga rumah tu, ada pernah dia tanya bil api air?' - Ali Puteh kesal Hidayah muat naik video fitnah sampai dia dimaki netizen
Pelawak Ali Puteh dalam satu video live bersama dua pendakwah bebas menjelaskan dia sebenarnya tidak berniat untuk membuat rakaman video bagi menjawab kenyataan balu kepada arwah abangnya yang datang ke rumah (milik Abam Bocik) pada Jumaat lalu.
Menurut Ali, dia merasakan kenyataan yang dibuat oleh Siti Norhidayah atau Hidayah, adalah fitnah yang menyebabkan maruahnya tercalar dan menimbulkan persepsi buruk orang ramai terhadapnya.
"Saya tak berniat nak buat video itu semalam, tapi pihak di sana yang muat naik video fitnah itu dulu. Dia muat naik video itu di TikTok yang kata dia datang ke rumah, tak ada orang bagi masuk, tak ada orang buka pintu, sejam dia tunggu depan pagar rumah.
"Saya tak duduk di situ, yang jaga rumah itu adik saya yang kecik. Belakang rumah arwah itu, rumah kakak saya. Semalam (Jumaat) hari kerja, siapa yang ada kat rumah? Orang kerja. Datang pula tak beritahu ke, nak bincang ke apa. Macam hari esok hari minggu, mestilah ada orang kat rumah.
"Lepas tu dia buat video TikTok, ini keadaan rumah, lusuh, rumput panjang. Arwah abang dah meninggal dunia genap tiga tahun semalam. Kalau rumah tu tak berjaga, dah bertutup sawang satu rumah. Rumput di situ kita potong tiap-tiap bulan, ada dia pernah tanya bil api, bil air sepanjang tiga tahun tinggal yang kita jaga rumah dia?
"Tapi bila dia buat video TikTok live macam tu, menyebabkan orang datang maki dan benci kepada saya. Yang kena saya, sedangkan saya tak tahu apa-apa," katanya.
@rakyat_bulan Kena skolah dh #fyp #foryou #foryourpage #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound - #rakyatbulan
Walaupun penjelasan telah diberi, Ali berkata dia tidak berharap netizen akan membelakanginya dan cukup hanya sekadar Allah nampak apa sebenarnya yang berlaku.
Sumber: Rakyat Bulan
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment