'Menu Rahmah low quality boleh menyebabkan B40 terdedah kepada kanser, autoimmune disease, autisme' - MP Kapar



Ahli Parlimen Kapar (PAS-PN), Dr Halimah Ali, baru-baru ini menyuarakan kebimbangan mengenai mutu hidangan Menu Rahmah yang dijual kepada golongan kurang berkemampuan dikhuatiri bermutu rendah. 


Sebagai doktor perubatan katanya, dia berasa bimbang dengan isu keterjaminan makanan yang didakwanya membingungkan kerajaan. 


"Kita tak mahu shortcut, kita tak mahu kompromi daripada bekalan makanan yang low quality. 


"Saya tidak ada masalah dengan istilah rahmah atau apa tetapi jangan sampai rakyat marhaen B40 diberikan bekalan makanan yang low quality dan mungkin juga menyebabkan mereka terdedah kepada kanser, autoimmune disease, autisme dan sebagainya," katanya. 



Dakwaan tidak berasas Halimah itu mengundang banyak reaksi negatif termasuk Ahli Parlimen dan beberapa pengamal perubatan yang menuntut penjelasan daripada bekas exco Selangor itu. 


"Saya terkilan, Halimah sebagai seorang doktor yang bertauliah boleh mengeluarkan kenyataan yang tidak sepadan dengan kelayakan, kepakarannya. 


"Seluruh dunia ambil maklum bahawa makanan tidak mengakibatkan austime, sebaliknya ia ditentukan oleh DNA dan sewaktu lahir. 


"Dia wajar mohon maaf kepada orang awam atas kenyatannya yang mengelirukan rakyat," kata Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Jung. 



"Sebagai doktor perubatan, saya nak tanya makanan apakah yang dimakan boleh mengakibatkan autisme? Tolong jelaskan," kata Doktor Kelvin Yii. 


"Sebagai ibu bapa autisme, saya terkejut dengan dakwaannya. Autisme bukanlah sejenis penyakit akibat salah pemakanan, ia adalah perbezaan neurologi sepanjang hayat yang memerlukan penerimaan dan pemahaman," kata Zaid Omar. 


Bagaimanapun Halimah mendakwa kenyataannya itu telah disalahertikan. Sebaliknya dia mahu membangkitkan soal kualiti bahan mentah yang kurang baik digunakan oleh sesetengah restoran yang menjual Menu Rahmah, yang boleh menyebabkan kualiti hidangan terjejas. 


Sumber: Parlimen, MalaysiaKini, The Star



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.