(Video) 'Allahuakbar, tak kuat tengok video ni' - Bapa terpaksa bawa 4 anaknya menjahit kasut di jalanan untuk sara hidup



Sayu hati melihat pengorbanan seorang tukang kasut yang terpaksa membawa empat orang anaknya duduk di tepi premis sebuah bank untuk mencari rezeki. 


Video yang tular di media sosial itu mengundang banyak reaksi netizen bersimpati dengan nasib anak beranak itu,. 


"Allahuakbar, tak kuat tengok video ini. Si ayah kerja tukang kasut. Dah berpisah dengan isteri. Jadi dia terpaksa bawa empat orang anak ikut menjahit kasut. 


"Sedih sangat, bertambah sedih bila tengok anak yang kecil-kecil terbaring atas lantai menanti dengan sabar si ayah habis bekerja," tulis individu yang menularkan video tersebut. 



Berdasarkan maklumat yang disertakan, lima beranak itu berada di CIMB Bank, Johor Jaya 6, Jalan Dedap 20 dan hanya menawarkan perkhidmatan membaiki kasut pada setiap hari Sabtu sahaja. 


Kisah tukang kasut itu mendapat perhatian media Harian Metro yang kemudian pergi ke lokasi untuk bertemu dengan bapa kepada empat orang anak berkenaan. 


Mohammad Khairul Nizam Mohd Tamyis, 24, atau lebih selesa dipanggil sebagai Mad mengakui telah bercerai dengan isterinya atas sebab sudah tiada keserasian. 


Perkahwinan mereka dikurniakan empat orang anak yang berusia dari setahun hingga lapan tahun. Anak kedua dan ketiga berada di bawah jagaan Mad, manakala anak sulung dan bongsu dijaga oleh bekas isterinya. 


"Saya berdepan cabaran menjaga anak-anak selepas berpisah dengan bekas isteri sejak setahun lalu. Saya tidak mengabaikan anak dan terpaksa membawa mereka ketika menjahit kasut kerana tiada pilihan. 


"Keluarga saya bukan orang senang, ibu saya menjual pisang goreng di Taman Puteri Wangsa. Manakala bapa masih menjadi tukang jahit kasut jalanan di hadapan sebuah pasasr di Taman Johor Jaya," katanya. 


Jelas Mad, cabaran utama ketika menjaga anaknya semasa bekerja adalah ketika anak-anaknya mahu tidur dan mengadu panas. Namun oleh kerana tiada pilihan lain dan pekerjaan itu pula mampu meraih pendapatan RM50 setiap hari bagi membeli susu dan lampin pakai buang menyebabkan dia terpaksa meneruskan juga. 


"Pendapatan saya kira-kira RM80 hingga RM100 sehari, namun ia tidak tetap kerana sekiranya hari hujan, ia berkurangan. Saya memang ada impian untuk membuka kedai namun masih tiada modal. Tambahan pula saya gemar beroperasi di jalanan kerana memudahkan pelanggan serta upah jahit juga tidak tinggi," ujarnya. 


Mad tidak menyangka ada pelanggan yang menularkan videonya di media sosial dan berharap keprihatinan mereka itu juga telah membuka pintu rezeki dia dan anak-anak di mana dia menerima banyak pelanggan sejak beberapa bulan lalu. 


Sumber: Harian Metro, Twitter Travel Jimat



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.