Orang ramai tak perlu lagi bawa lesen memandu, JPJ buat apps baru untuk papar lesen pemandu secara digital



Orang ramai selepas ini tidak perlu membawa kad lesen memandu kerana dokumen berkenaan boleh diperoleh secara online menggunakan sebuah aplikasi khas. 


Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata, pihaknya telah membangunkan aplikasi tersebut dan kini sedang menunggu keputusan dari Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, untuk pelaksanaannya. 


Menurut laporan Harian Metro, aplikasi itu kelak boleh dimuat turun oleh orang awam menggunakan telefon pintar dan lesen pemandu akan dipaparkan secara digital. 


Seiring dengan langkah pendigitalan itu juga, pihak penguatkuasa seperti PDRM dan JPJ akan dibekalkan dengan peranti khas yang membolehkan mereka melakukan pemeriksaan atau semakan ke atas lesen memandu digital ini. 


Peranti khas tersebut akan mengimbas kod bar yang tertera pada lesen memandu digital untuk mengesahkan sama ada lesen memandu digital itu tulen atau sebaliknya.


Di masa akan datang, JPJ juga merancang aplikasi itu akan dipertingkatkan bagi membolehkan dokumen seperti cukai jalan boleh diakses dan dipaparkan secara digital. 


Menteri Anthony Loke dijangka akan mengumumkan pelaksanaan aplikasi baharu itu dalam masa terdekat. 


Sumber: Harian Metro



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.