Budak maut, rumah dirempuh Myvi


Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas rumahnya dirempuh Perodua Myvi yang terbabas kira-kira 50 meter dari jalan raya di Kampung Merchong Bebar, Pekan, semalam, lapor Harian Metro. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 12.20 tengah hari itu, mangsa, Nooreen Qistina Abdullah, 6, maut dipercayai dihempap batu bata yang runtuh selepas dilanggar kereta berkenaan. 

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek berkata, siasatan mendapati kereta Myvi yang dipandu pelajar UIAM, Mohd Izwan Zainudin, 31, dari arah Kuantan ke Johor Bahru dikatakan mahu mengelak sebuah kenderaan dari arah bertentangan di Kilometer 58 Jalan Pekan-Rompin. 

Kejadian itu menyebabkan keretanya terbabas lalu terlanggar rumah yang dihuni tiga individu termasuk mangsa serta ibunya, Norehan Abdul Rahman, 25 dan kanak-kanak perempuan berusia setahun. 

Akibat rempuhan itu, tiga sekeluarga berkenaan dihempap batu bata yang runtuh. 

"Nooreen Qistina disahkan meninggal dunia di Klinik Nenasi, manakala Nur Jannah (adik mangsa) mengalami luka di bahagian kepala dan Norehan tiada mengalami kecederaan," katanya. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Sumber: Harian Metro


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.