'Ibu hampir kehilangan nyawa selepas melahirkan adik, rahim hancur terpaksa dibuang' - Anak sebak baca luahan ibunya


Rasa sebak di hati netizen, tidak setanding dengan rasa sebak si anak yang lebih mengenali dan dekat dengan ibunya. 

Di hari genapnya si anak bongsu berusia 21 tahun, si ibu mendedahkan bahawa dia nyaris kehilangan nyawa ketika melahirkannya. Ini kerana si ibu banyak mengalami pendarahan selepas bersalin anak kedua dan rahimnya hancur. 

Doktor tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa membuang rahim si ibu, yang memberikan banyak kesan sampingan. Bacalah wahai mereka yang bergelar anak. Fahami dan hargailah pengorbanan ibumu. 


Sementara itu, Dr. Amirul Asyraf Rusli melalui Twitternya menjelaskan, setelah rahim dibuang, si ibu tidak lagi datang haid dan terpaksa berdepan dengan banyak komplikasi disebabkan keadaan itu. 







Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.