'Dia mula berubah selepas mengenali game itu' - Pelajar gantung diri, dipercayai akibat game PUBG


Mayat sorang pelajar lelaki ditemui orang awam dalam keadaan membusuk tergatung di sebatang potok di Kabupaten Buton, Sulawesi Tenggara, Indonesia, pada 24 Februari lalu. 

Ketua Polis Daerah Sulawesi Tenggara, Agus Mulyadi mengesahkan penemuan mayat remaja berusia 16 tahun itu. 

Menurut Agus, mangsa dilaporkan sudah tidak pulang ke rumah selama beberapa hari sebelum mayatnya ditemui. 

"Menurut keterangan seorang saksi, mangsa keluar dari rumah sejak 21 Februari 2019 kira-kira jam 6.30 petang. Namun selepas tiga hari, mangsa tidak pulang ke rumah.

"Keluarganya mengambil keputusan untuk mencari mangsa dan pada 24 Februari, mayat mangsa ditemui pada jam 10.30 pagi dalam keadaan lehernya tergantung pada tali yang diikat pada sebatang pokok," katanya. 

Berdasarkan keterangan beberapa saksi lain, mangsa jarang hadir ke sekolah sejak empat bulan lalu, malah sikapnya juga berubah menjadi seorang yang pendiam. 

"Rakan sekolahnya memaklumkan, mangsa berubah selepas mula bermain game online PUBG, Free Fire dan COC. 

"Di sekolah, mangsa tidak mempunyai masalah peribadi dengan rakan ataupun guru. 

"Tetapi mangsa selalu keluar malam dan pulang pada waktu tengah malam. Dia sangat pendiam dan selalu mengunci dirinya di dalam bilik di mana keluarganya menyangka mangsa sedang bermain game online. 

"Mangsa hanya bercakap dengan ibunya untuk meminta wang bagi membeli data internet yang telah habis," katanya. 

Sumber: SultraKini


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.