Derita 500 lubang kecil di kornea mata kerana kerap melihat guna handphone + full brightness


Seorang wanita berusia 25 tahun tidak menyedari matanya telah terjejas selama dua tahun kerana dia menetapkan kadar pencahayaan pada skrin telefonnya pada kadar paling maksima. 

Dalam insiden yang berlaku di Taiwan itu, Chen hanya mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan matanya pada Mac 2018. 

Lapor Apple Daily, Chen yang bekerja sebagai setiausaha pejabat, sudah menjadi kebiasaan untuknya menggunakan telefon setiap masa untuk berurusan dengan majikannya. Selain itu, Chen adakalanya perlu bekerja di luar pejabat di mana dia perlu melihat skrin telefon di bawah pancaran cahaya matahari. 


Untuk itu, Chen menetapkan tahap pencahayaan telefonnya ke tahap maksima. Namun Chen selalu  terlupa untuk menurunkannya selepas habis waktu bekerja. 

Di waktu malam, Chen menutup lampu di dalam bilik dan menonton drama kegemarannya. Tabiatnya itu akhirnya menjadi kebiasaan dan sehingga bulan Mac 2018 apabila dia mula sedar bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan matanya. 

Chen cuba merawat matanya dengan ubat titis biasa tetapi tiada sebarang perubahan.


Selepas empat bulan berlalu, mata Chen mula menjadi sakit lalu dibawa ke hospital dan doktor memaklumkan bahawa pembuluh darah di kornea kirinya tersekat dengan darah dan tahap penglihatannya hanya 0.6. sebelum berubah ke 0.3 serta terdapat 500 lubang kecil di kornea matanya. 

Chen segera diberi rawatan dengan steroid dan pulih dalam masa tiga hari kemudian. 

Menurut doktor tahap pencahayaan pada skrin telefon Chen pada tahap tertinggi itu telah melebihi daripada kadar pencahayaan yang disyorkan. Orang ramai juga dinasihatkan tidak berbuat demikian untuk kesihatan mata masing-masing. 



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.