'Keluar sebagai kawan pukul 3 pagi? You tahu itu suami orang?' - Bella luah rasa kecewa, suami buat hal lagi dengan pelakon wanita


"Assalamualaikum, and it happened again," demikian tulis Bella Astillah yang mendakwa suaminya 'buat hal' lagi walaupun telah diberi peluang kedua. 

Melalui Instagramnya, Bella meluahkan rasa kesal terhadap suaminya, Aliff, malah kecurigaannya terhadap Aliff akhirnya terjawab apabila ada individu yang tampil memaklumkan perkara itu berserta dengan bukti. 

"Sejak kes yang dulu, saya berikan peluang pada dia sebab setiap manusia buat kesilapan dan sebab saya pandang anak saya. But what I've been through korang takkan boleh imagine. 

"Selepas Aliff habis shoot telemovie baru-baru ini, dia buat hal lagi dengan heroin yang bekerja dengan dia dalam tele itu. 

"Dua hari sebelum habis shoot, dia dah mula berkelakuan lain di mana dia dah tukar password phone. Bila saya paksa buka phone, dia buka tetapi dia pandai. Dia dah delete WhatsApp dia dengan heroin itu. 

"Saya cakap dengan dia 'I'm not a kid, kaau tak ada apa-apa kenapa perlu delete?'. So Saya nak kepastian, saya call heroin tersebut. Jawapan dia kepada saya, 

"Ya Allah Bella, takde apa-apa pun. Kenapa? Aliff buat hal lagi ke? Boleh tak bagi Via jumpa dia, Via nak cakap dengan dia 'BACK TO ALLAH'". 

"Rupa-rupanya orang yang nasihat dan comfort saya ini orang yang sama-sama pergi club dengan Aliff, menari peluk-peluk dan mabuk sama-sama. 

"Saya bila solat, saya minta Allah beri petunjuk tentang rumahtangga saya. Tak sangka doa saya dijawab dengan begitu cepat. Sangat cepat, saya terkejut. 








"Terima kasih kepada insan yang DM saya. Kalau tak, saya takkan tahu apa-apa, hanya dengan Ayden je kat rumah. 

"Ingat, hiburan dunia ini hanya sementara. Kepada Aliff, kalau awak rasa bahagia dengan kehidupan macam tu dan dah jumpa pasangan terbaik yang awak rasa serasi boleh pergi club sama-sama, yang boleh jaga makan minum pakai awak, teruskan," tulis Bella. 

Bagaimanapun, pelakon wanita terbabit, Oktavia tampil menjawab dakwaan itu dan meminta Bella tidak memfitnahnya kerana dia dan Aliff tiada apa-apa hubungan dan hanya sebagai kawan sahaja. 

"What is the prove yang mengatakan saya mabuk? Mulut manusia memang busuk tak pernah nak kalah. Satu cawan air langsung tak pegang. Padahal orang yang sibuk jaga tepi kain orang inilah yang dah mabuk tapi sibuk mengata pasal orang lain!

"We are not just both of us, ada yang teman untuk mengelakkan difitnah. Saya tak suka orang buat tambah-tambah cerita macam ni. Jaga sikit muka. 

"Aliff dengan saya keluar sebagai kawan dan nothing serious between us. Tolong bagi bukti pada saya yang saya mabuk? Please guys! 


"Kepada Bella, saya tak suka you kecoh tunjuk orang yang saya mabuk teruk tanpa bukti, tolong jaga air muka ayah saya. Yang lain pergi sikit pun saya tak peduli," tegasnya. 

Tanpa menunggu lama, Bella membalas kenyataan Oktavia dan memintanya berhenti menafikan dakwaan tersebut kerana dia mempunyai bukti kukuh. 

"Sebagai kawan? Aduhh. Dah terang lagi bersuluh. Dah dah lah tu, jaga je Aliff dengan anak awak. 

"Keluar sebagai kawan pukul 3 pagi? You tahu itu suami orang? You tahu kat rumah dia ada anak bini, dah seminggu tak balik rumah? Boleh pula you dengan tak ada rasa bersalah keluar pergi club? Serious lah?

"Orang yang DM tu tak mabuk pun. I tak bodoh nak keluarkan statement I ada bukti yang terlebih cukup. I ada video, ada tiga video," kata Bella. 


Sumber: Instagram Bella Astillah, Oktavia


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.