Minta dan terima rasuah RM1.5 juta, Setiausaha Pejabat Kementerian direman SPRM


Seorang Setiausaha Pejabat di sebuah kementerian di Putrajaya direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes meminta dan menerima rasuah yang dianggarkan bernilai RM1.5 juta, lapor Astro Awani

Majistret Mahkamah Putrajaya, Ahmad Afiq Hasan, mengeluarkan perintah reman tersebut bermula hari ini hingga 19 Januari. 

Difahamkan, wanita berusia 39 tahun itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 6.50 petang semalam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas hadir memberi keterangan. 

Dia disayaki meminta dan menerima rasuah bernilai RM1.5 juga daripada sebuah syarikat hartanah kononnya sebagai dorongan untuk mendapatkan persetujuan daripada Timbalan Ketua Setiausaha bagi meluluskan pembelian aset kerajaan di luar negara. 

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan penahanan penjawat awam terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a) (A) Akta SPRM 2009. 

Sumber: Astro Awani


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.