Remaja rogol pelajar OKU di rumah kosong


Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun ditahan polis kerana dipercayai merogol pelajar Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), lapor Harian Metro

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, suspek ditahan pada malam tadi selepas mangsa yang merupakan orang kurang upaya (OKU) berusia 21 tahun memaklumkan perbuatan suspek kepada penyelia PDK. 

Mangsa memberitahu, suspek telah membawanya ke sebuah rumah kosong di Kampung Padang Lalang, Mukim Ayer Hangat sebelum dirogol. 

Penyelia PDK kemudian membawa mangsa ke Hospital Langkawi untuk menjalani pemeriksaan dan membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. 

Bertindak di atas laporan, mangsa dibawa ke lokasi kejadian sebelum menahan suspek dan dibawa ke Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi untuk siasatan lanjut. 

Siasatan awal mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan mencuri itu turut mengaku terbabit dalam kejadian itu. 

Polis akan memohon perintah mahkamah bagi menahan reman suspek untuk membantu saisatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. 


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.