(Video) Bapa ditahan selepas videonya beri anak minum arak viral di media sosial


Gara-gara akal pendek sejengkal, seorang bapa ditahan pihak berkuasa kerana didakwa memberi bayinya berusia setahun minum arak, malah merakam perbuatannya itu, lapor Mirror

Insiden itu berlaku di Sri Lanka pada tahun lalu menunjukkan si bapa memberi anaknya minum alkohol. 

Lelaki itu ditahan sebaik saja video perbuatannya itu viral di media sosial. Tiga rakan suspek yang terlibat dalam insiden itu turut ditahan.  

Dalam video itu, si bapa ketawa selepas memberi anaknya minuman itu buat kali pertama dan mahu meminta diberikan minuman itu sekali lagi. 

Undang-undang di Sri Lanka hanya membenarkan individu berusia 21 tahun ke atas mengambil minuman beralkohol. 



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.