'Hampir 10 minit bridesmaid di pentas pelamin bergambar dengan pengantin tanpa fikirkan orang sekeliling' - Jurufoto tegur sikap bridesmaid


Di bawah adalah teguran dari jurufoto Amirul Ruslam mengenai sikap bridesmaid berdasarkan pengalaman kerjanya. Semoga teguran dari beliau ini dapat diterima dengan hati terbuka. 

SEBAGAI wedding photographer, saya nak tegur some of bridesmaid boleh? Begini ceritanya...

Setiap kali aku ada job jadi wedding photographer dalam sesebuah majlis, aku lihat ada satu perangai yang agak kurang common sensenya di kalangan bridesmaid. 

Few months ago, biasanya selepas pengantin habis makan beradab, pasangan ini akan terus pergi ke sesi bergambar di pelamin dan bukannya di bawah kawalan saya untuk tentukan siapa dahulu dan siapa yang kemudian bergambar dengan pengantin. 

Tapi biasanya diberi laluan kepada keluarga belah lelaki untuk bergambar dahulu sebab majlisnya belah perempuan, kerana tidak mahu mengganggu kesibukan mereka menguruskan majlis. 

Selepas keluarga belah lelaki selesai, maka bridesmaid pula naik bergambar. Saya okey saja waktu itu tetapi saya jadi mula kurang senang apabila bridesmaid ambil masa hampir 10 minit hanya untuk bergambar. 

Dua minit awalnya saya cuba consider dengan terus tunjuk 2-3 posting dari smartphone saya untuk bridesmaid dan pengantin perempuan, dengan harapan mereka berpuas hati dengan gambar mereka sudah diambil dan bergegas turun. 

Kemudian selepas habis shot, saya pergi dekat kepada mereka dan berkata dengan intonasi sopan. 

"Maaf ya miss semua, hehe. Dekat bawah tu ada orang lain pula tunggu nak bergambar." 

Lalu mereka pun berkata, "Oh, okey. Sorry ya.." 

Tetapi tidak sampai di situ saja. Mereka bergambar pula seorang demi seorang dengan pengantin perempuan, ditambah pula dengan selfie. Haha! 

Akhirnya, hampir 10 minit mereka berada di atas pentas pelamin seperti buat pentas pelamin itu mereka punya tanpa memikirkan orang sekeliling. 

Bayangkan orang yang beratur dan menunggu ingin mengambil gambar bersama pengantin selepas bridesmaid ini adalah pakcik/makcik, ada yang bertongkat lagi. Itu belum kira lagi mereka yang bawa keluarga kendong bayi dan jaga anak-anak lagi. 

Tapi itulah, aku kekal senyum sepanjang majlis di hadapan bridesmaid itu supaya aku jaga hati pengantin. 

Yang menjadkan lagi sakit hati, aku ingatkan bridesmaid ni nak ambil gambar banyak-banyak ini sebab mereka nak balik awal. Rupa-rupanya sesi outdoor pun mereka ikut sekali. Hahaha! 

Kalau anda tahu ada sampai habis majlis, kenapa tak tunggu saja. Saya akan shot banyak-banyak untuk anda. Kami memang dah ready shot untuk anda. 

Ya saya tahu, itu precious momen lihat kawan anda kahwin tapi common sense pun perlu ada juga supaya hati orang sekeliling kita tak terguris. 

Dan sepanjang aku jadi wedding photographer, isu-isu kekurangan common sense bridesmaid ini sering berlaku. Saya harap selepas ini kepada sesiapa yang pernah atau bakal menjadi bridesmaid jangan buat perkara ini, okey? 

JazakAllahukhair. 

Sumber: @AmirulRuslam


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.