(Video) Kanak-kanak nyaris dilarikan 2 pencuri motosikal


Viral video seorang kanak-kanak nyaris dilarikan oleh dua lelaki yang menaiki motosikal, mengundang pelbagai reaksi netizen. 

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.10 malam tadi di Cherang, Kota Bharu, kanak-kanak itu ditinggalkan di atas motosikal dengan enjin yang masih hidup di depan sebuah kedai runcit, sementara bapanya masuk ke dalam untuk membeli barang. 

Berdasarkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kanak-kanak itu yang masih memakai helmet hanya duduk diam menunggu bapanya selesai membeli barang. 

Tidak beberapa lama kemudian, datang sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki, salah seorang daripadanya turun dan terus menunggang motosikal itu dan melarikan kanak-kanak itu. 

Bapa mangsa yang ternampak kejadian itu segera mengejar suspek dan mendapatkan semula anaknya. 


Menurut sumber, kanak-kanak itu selamat walaupun cedera teruk di bahagian kepala selepas motosikal bapanya terbalik. 

Orang ramai dinasihatkan tidak meninggalkan anak kecil di atas motosikal biarpun berhampiran dengan kedai yang hendak dikunjungi bagi mengelakkan kejadian seperti itu berlaku. 


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.