Suspek belasah, samun wanita dalam lif ditahan


Suspek yang terbabit dalam kejadian belasah dan samun seorang wanita di dalam lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara Cheras, Khamis lalu, berjaya ditahan polis, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, suspek berusia 26 tahun ditahan pada jam 8.10 malam tadi di Taman Cheras, Jalan Cheras, Kuala Lumpur oleh sepasukan anggota polis Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.

Suspek akan ditahan reman pagi hari ini untuk disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan. 

Difahamkan, pada hari kejadian itu berlaku, suspek yang merupakan lelaki warga tempatan terdahulu menyamun sebuah kedai serbaneka berhampiran stesen MRT sebelum mengekori mangsa ke dalam lif. 

Berdasarkan semakan terhadap kamera keselamatan di premis serbaneka dan MRT, pihak polis dapat mengenalpasti suspek. 

BERITA BERKAITAN: 


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.