'Tak ada orang beritahu apa-apa ke sebelum masuk ke rumah tu?'


Sekadar perkongsian untuk bacaan suka-suka. Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan. Risiko tanggung sendiri. Gambar-gambar yang digunakan juga hanyalah sekadar hiasan sahaja. Selamat membaca.

AKU ada satu pengalaman tinggal di rumah yang ada "penghuni" lain turut tinggal bersama.  Waktu itu anak sulung baru usia setahun lebih. Kami baru nak bertapak di Kuala Lumpur dan dapatlah sebuah rumah flat di Wangsa Maju di tingkat paling atas, iaitu tingkat 4 yang menghadap ke jalan raya besar. Rumah cantik, bersih dan kami pun masuk tanpa ada rasa apa-apa. 

Mula-mula masa duduk tu aku biasa jer, cuma aku kerap mimpi bukan dan pelik-pelik. Macam bunuh orang la.. tembak orang mati lah. Aku rasa macam tak best pula. 

Ada satu hari itu, aku tidur di ruang tamu. Rumah tu ada dua bilik jer. Suami aku kerja, aku suri rumah. Then aku tidur waktu tu siang la, baby aku tidur di sebelah. Tiba-tiba masa aku nak terlelap tu, aku terdengar bunyi orang berjalan. Aku pun terus buka mata dan tengok siapa yang berjalan? Tapi tak ada sesiapa pun. Baby aku tidur elok jer. 

Aku buat bodoh jelah. Then lepas sebulan tu, aku kerap bermimpi perkara yang menakutkan juga. Lepas tu aku tanya kat jiran sebelah selang 2 buah rumah. Akak tu memang baik, dia dah lama stay situ. Aku selalu juga pergi lepak di rumah dia petang-petang bawa anak aku pergi bermain dengan anak dia. 

Then, aku rasa tak sedap hati aku ceritalah yang aku selalu mimpi perkara pelik-pelik. Tiap-tiap malam pula tu. Selalu terjaga di tengah malam. Dia pun senyum-senyum, dia kata "Tak ada orang beritahu apa-apa ke sebelum masuk ke rumah tu?", Aku dah cuak dah. Dia kata cuba pergi tanya kat orang dekat-dekat sini pasal rumah tu. Dia teka-teki pula dengan aku. 

Then, esoknya aku pergi pasar. Aku tanya la dengan makcik yang brniaga kat situ. Diorang tanya la, "Takde orang cakap ke kat adik pasal rumah tu?". Hah??  Aku macam hairan juga. Kenapa ek? 

Pastu diorang cerita rumah tu dulu ada orang kena rasuk, anak-anak dara la. Sampai lari satu flat sambil berkemban orang kejar dia. Alamak!! Jantung aku macam stop dah. So... aku nekad apapun aku akan lawan, aku tak boleh takut. Benda tu makin kita takut dia makin suka. Aku ni jenis 50-50 la juga. Takut tapi aku still tak nak dia ganggu. 

Satu hari tu, dia dah mula kacau baby aku. Waktu tengah malam baby aku tiba-tiba menangis meraung-raung sampai tak berhenti. Aku buat macam-macam pun dia tak berhenti menangis. Suami aku cakap, 

"..'Dia' dah kacau anak kita sebab rahsia dia dah terbongkar."

Suami aku ni pandai dan tahu macam mana nak buang benda tu cos dia ada gi belajar. Then dia solat sunat, zikir apa semua. Aku pun duduk tak jauh je dari suami aku dan peluk anak. Selepas suami selesai solat sunat, anak dah kurang sikit menangis. Aku beritahu kat akak jiran tu. Dia pesan sebelum waktu maghrib, tabur beras dan kunyit depan pintu. Kat depan dan belakang. 

Suami aku check semua sudut rumah tu. Dia ada terjumpa kat dapur bawah kabinet tempat benda tu duduk. Mungkin ada orang sembah benda tu kat situ sebelum ni. Suami aku buang benda tu dengan kawan dia.

Tapi rumah tu memang bagi rezeki. Kerja suami aku makin stabil dan rezeki mencurah-curah. Suami aku cakap, rumah macam tu memang bagi rezeki. Hehe.

Kami stay setahun lebih kat rumah tu lepas dah "bersih". Aku pindah lepas tu sebab nenek aku selalu datang. Kesian pula dia nak naik tangga tinggi sangat. Selepas aku pindah, ada org lain yang msuk menyewa dan aku tak dengar lagi cerita yang pelik pasal rumah tu. Alhamdulillah.

Aku nak nasihat sikit kalau nak beli rumah ke, nak sewa ke, kalau ada anak kecil tu, siasat dulu rumah tu. Tanya kat jiran-jiran sebelah pasal rumah tu yer.

Sumber: Afnie

Mahu kongsikan cerita pengalaman atau kisah seram anda? Hantarkan kepada kami di thereportermyofficial@gmail.com


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.