'Tol percuma dari 11 mlm - 5 pagi, tahniah pengunjung kelab malam, GRO dan pelacur' - Reaksi netizen tetapi ditegur oleh lelaki ini


Sabtu lalu, kerajaan bercadang menghapuskan mekanisma kutipan tol sedia ada dan sebagai ganti, caj kesesakan (congestion charge) akan diperkenalkan di mana pengguna lebuh raya akan hanya dikenakan caj yang sama dengan kadar tol sedia ada pada waktu puncak selama enam jam sehari. 

Kadar tol dihapuskan sama sekali pada waktu "Off-peak" antara jam 11 malam dan 5 pagi, di mana penggunaan lebuh raya adalah percuma. 

Pengguna juga akan menikmati diskaun 30 peratus berbanding kadar tol sedia ada bagi penggunaan waktu biasa. 

Lebuhraya terbabit adalah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART. 

Perkara itu selaras dengan janji Pakatan Harapan (PH) dalam manifesto pilihan raya lepas untuk mengambil alih konsesi lebuh raya bertol dan menghapuskan bayaran tol secara berperingkat, serta mengurangkan kos sara hidup pengguna lebuhraya. 

Hasil kutipan caj kesesakan tersebut akan digunakan untuk menampung kos operasi serta penyelenggaraan lebuh raya serta bayaran pinjaman. 

Bagaimanapun, bekas perdana menteri Najib Razak menyindir cadangan kerajaan itu. 

"Tol dicadangkan untuk dihapuskan hanya dari jam 11 malam hingga 5 pagi. Ini bermakna, kalau tak nak bayar tol, sila bangun pukul 4 pagi dan pergi kerja (sebelum) 5 pagi. 

"Lepas kerja jangan balik dulu, tunggu 11 malam baru balik. Lim Guan Eng bukan suka kaji berapa ramai yang guna UTC (Pusat Transformasi Bandar)?

"Kenapa tak kaji berapa ramai pergi kerja 5 pagi dan balik 11 malam? Kata nak bantu kurangkan kos sara hidup," sindirnya dalam catatan di Facebook.

"Siapa yang ajar teori hapus tol ini? (Menteri Pendidikan) Maszlee (Malik) ke?" sindirnya lagi.

Setiausaha Agung MCA Chew Mei Fun pula berkata, cadangan itu hanya akan menggalakkan aktiviti lumba haram sahaja. 

Di media sosial, beberapa netizen tidak ketinggalan menyindir cadangan kerajaan dan menyifatkan pengumuman itu hanya memberi manfaat kepada pengunjung kelab malam, GRO dan pelacur. 







Tidak bersetuju dengan komen-komen seperti itu, ada netizen yang tampil membidas golongan berkenaan. 














Apa pula pandangan anda? Adakah anda setuju dengan cadangan pelepasan tol pada empat lebuhraya terlibat bermula dari jam 11 malam hingga 5 pagi? 



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.