Pelajar sekolah nyaris diculik 3 suspek ketika balik dari sekolah


Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun nyaris diculik ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolah di Tanjung Tualang, berdekatan Batu Gajah, lapor The Star. 

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, ACP Ahmad Adnan Basri berkata, dalam kejadian yang berlaku pada jam 1.30 petang itu, remaja terbabit sedang berjalan kaki pulang ke rumah (600 meter dari sekolah), tiba-tiba didatangi sebuah kereta Proton Waja berwarna perak.

Ahmad berkata, salah seorang suspek yang berada di tempat duduk belakang membuka pintu dan cuba menarik remaja itu masuk ke dalam.

Remaja lelaki itu menolak dan terus berlari balik ke rumahnya sebelum datang ke balai polis bersama ibunya untuk membuat laporan. 

Remaja itu tidak mengalami kecederaan dan polis percaya tiga suspek terlibat dalam kejadian itu. 

Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 363/511 Kanun Keseksaan.


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.