3 beradik rogol adik perempuan sebelum dibunuh & kepalanya dipenggal


Dua lelaki yang merupakan adik beradik ditahan pihak berkuasa India kerana didakwa telah merogol adik perempuan mereka berusia 12 tahun sebelum kepalanya dipenggal. 

India mencatatkan jumlah kes rogol tertinggi lebih dari 36,000 kes sejak 2016 berdasarkan laporan statistik terkini Kerajaan India. 

Dalam kejadian itu, bapa saudara mangsa, 40, juga ditahan dan polis sedang memburu abang sulung mangsa selepas mayat mangsa ditemui di Mahdya Pradesh, minggu lalu. 

Suspek terdahulu cuba memalsukan keterangan bahawa mangsa mati akibat kes dendam dalam keluarga. Tetapi polis mendapati keterangan semua suspek bercanggahan sebelum menyedari abang sulung mangsa telah melarikan diri. 

Suprintendan Amit Sanghi berkata, ketiga-tiga beradik lelaki itu bersama dengan bapa saudara mereka terlibat dalam kejadian rogol tersebut. 

"Apabila mangsa cuba mengugut mahu melaporkan perbuatan mereka kepada polis, mereka mencekiknya sehingga mati dan kepalanya dipenggal serta mayatnya dibuang. 

"Laporan bedah siasat mengesahkan mangsa telah dirogol secara bergilir-gilir. 

"Saya tidak pernah melihat kes jenayah seteruk ini sepanjang hidup saya. Malah para peguam juga enggan mewakili tertuduh dalam kes ini," katanya. 



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.