'Adik aku patah tulang, skru kena beli sendiri, tup-tup lulus projek bikin airport RM1.6 juta, rasa nak jotos kepala diorang'


Seorang lelaki meluahkan rasa tidak puas hatinya apabila dia dimaklumkan oleh pihak hospital bahawa skru perlu dibeli oleh ahli keluarga pesakit sebelum pembedahan merawat adiknya dapat diteruskan. 

Menurut tweetnya, kerajaan sudah miskin. Tetapi dia menjadi geram apabila kerajaan mampu meluluskan projek pembinaan lapangan terbang yang menelan belanja RM1.6 juta. 

"Adik aku patah tulang. Skru kena beli sendiri, baru doktor buat pembedahan. Katanya, hospital hanya beri servis sahaja, spare part kena beli sendiri. Government dah miskin. 

"Tup tup, lulus projek bikin airport RM1.6 bilion. Geram je aku. Rasa nak jotos kepala diorang ni satu-satu," demikian tweet lelaki terbabit. 



Bagaimanapun, netizen kepadanya bahawa perkara itu (pembelian skru) tiada kaitan dengan kerajaan zalim atau yang sewaktu dengannya kerana sememangnya sejak dari dulu lagi ianya telah ditetapkan seperti itu. 

Malah kata netizen, sekiranya pesakit atau ahli keluarganya tidak mampu membeli besi ekoran kosnya yang mahal, mereka boleh mendapatkan surat daripada doktor dan mencari bantuan dari Jabatan Kebajikan, Baitulmal dan lain-lain. 









Setelah tweet itu mendapat banyak maklum balas dari netizen, lelaki berkenan tampil menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk mempolitik isu tersebut dan sedar bahawa keperluan alatan bedah dibeli sendiri sejak dari dulu lagi. Tetapi dia hanya sekadar memberi pandangan di mana hal-hal berkaitan kesihatan atau kebajikan perlu diutamakan oleh kerajaan. 







Sumber: @Jimbotiram


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.