'Housemate suka cotton candy' - Pelajar IPT terkejut, geram rakan serumah tak basuh periuk nasi sampai tumbuh kulat


"Housemate suka cotton candy," demikian kapsyen pada dua gambar periuk nasi yang dicemari kulat dek kemalasan rakan serumah membasuh periuk nasi selepas menggunakannya. 

Nabil Naqiuddin, 24, pelajar tahun dua jurusan Kejuruteraan Pembuatan IPT Perlis, memuat naik gambar tersebut di Twitternya, pada Isnin lalu telah dikicau semula lebih 13,395 kali. 

Difahamkan, Nabil tinggal bersama enam lagi rakannya di sebuah rumah pangsapuri yang menjadi asrama pelajar universiti di Perlis. 

Memetik kenyataannya dari laman mStar Online, "Kebiasaannya kami akan masak setiap hari Khamis. Baru-baru ini, kami masak nasi lemak, sudah tentu perlukan santan. 

"Sebelum masing-masing pulang ke rumah pada Khamis dan sepatutnya orang yang terakhir makan akan kemas dan basuh peralatan dapur. 



"Namun, bila saya sampai rumah pada Isnin dan nak masak nasi, saya tengok periuk belum dibasuh dan bekas nasi lemak bukan saja dah basi tapi penuh kulat, ala-ala cotton candy," katanya. 

Walaupun geram dengan perkara itu, Nabil terpaksa pasrah dan mencuci periuk itu kerana bauhnya sudah 'semerbak' dan dia perlu menggunakan periuk itu untuk memasak nasi untuk makan tengah hari. 

Nabil berharap rakan-rakan serumahnya tidak lagi mengulangi perkara itu dan lebih mengutamakan kebersihan. 


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.