(Video) Lagi kereta dipandu melawan arus


Viral di media sosial video sebuah kereta Perodua Myvi dipandu secara melawan arus di Lebuhraya Baru Pantai (NPE) awal pagi semalam. 

Kejadian yang berlaku pada jam 4.30 pagi itu dirakam oleh penunggang motosikal yang berada di laluan bersebelahan.

Video viral itu menunjukkan kereta terbabit dipandu di lorong kanan dan penunggang motosikal itu cuba meminta pemandunya berhenti bagi mengelakkan kemalangan berlaku. 

Bagaimanapun, pemandu itu terus memandu sebelum menghampiri Plaza Tol Pantai Dalam. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis berhubung kejadian itu. 




Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.