'Ambil ubat insulin dari klinik tapi tak dimakan' - Doktor terkejut temui banyak ubat insulin tidak digunakan pesakit


"Ya Allah, Ya Tuhanku. Kenapalah ada manusia yang tidak bersyukur seperti ini. Sedih rasanya," demikian reaksi netizen terhadap tweet seorang doktor yang mendedahkan ada pesakit tidak menghargai ubat-ubat yang dibekalkan oleh klinik/hospital. 

Ubat-ubat tersebut diambil dan disimpan tanpa dimakan sehingga ia mencapai usia tamat tempoh yang akhirnya merugikan, sedangkan ada pesakit lain yang memerlukan ubat tersebut. 

Tidak dinafikan, sesetengah orang lebih gemar mengamalkan ubat-ubatan tradisional atau supplement mengarut yang kononnya lebih mujarab dari ubat-ubatan klinik/hospital dan kehadiran mereka pusat rawatan hanya sekadar mahu diperiksa doktor  bagi mengenal pasti penyakit yang dihidapi. 

DI Amerika Syarikat, lima kotak insulin berharga $2,000 (RM8,134). Di Malaysia, harga bagi satu kotak insulin hanya RM1.00 sahaja. 

Tetapi tengok ini. Ini adalah ubat-ubat yang dijumpai di sebuah rumah semasa saya membuat lawatan rumah. Dia ambil ubat dari klinik tetapi tidak dimakan langsung. 

Ingat, pembaziran adalah perbuatan menafkahkan atau menggunakan harta pada jalan maksiat dan tidak berlandaskan Sunnah. 

"Sesungguhnya orang-orang yang melakukan pembaziran-Mu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya." (Surah al-Isra':27). 


Ada yang tanya tentang pemulangan ubat. Ye, anda boleh pulangkan ubat yang lebih ke farmasi di klinik kesihatan atau farmasi pesakit luar di hospital kerajaan berdekatan. 

Manfaatkanlah bantuan subsidi perubatan yang disediakan oleh kerajaan. Sekiranya anda berkemampuan membeli ubat, usah diambil ubat-ubatan dari klinik atau hospital. Lebih baik serahkan kepada mereka yang lebih memerlukannya. 

Sumber: Dr. Nimelesh


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.