'Dasar menantu pemalas! Dah diberi menumpang, tak bersyukur' - Ibu mentua
Selepas berkahwin, sebaik-baiknya tinggal di rumah sendiri berbanding rumah mentua, melainkan mentua menjemput untuk tinggal bersama. Ini bagi mengelakkan berlakunya insiden yang tidak diingini di antara menantu dengan mentuanya.
Antara kes yang pernah berlaku, seperti yang diluahkan oleh si ibu mentua ini di mana dia berasa kehadiran menantunya membebankan bilamana kerja-kerja menguruskan rumah tidak dibantu oleh si menantu.
Menurut si ibu mentua, menantunya pemalas dan sering memerap di dalam bilik, hanya keluar selepas suaminya pulang dari kerja.
"Dasar menantu pemalas! Ingatkan ada menantu ni, ringanlah sikit beban mak mentua. Rupa-rupanya, tak. Huh!
"Sudahlah kain baju dibasuh, dilipat lagi, masak untuk kau. Kau ingat mak mentua kau ini orang gaji kau ke? Banyak cantik muka kau?
"Duduk memerap dalam bilik, bila laki balik, baru kau keluar. Selepas itu, berkira pula nak angkat dan lipat baju kau je. Baju mak mentua kau dibiar berkulat di situ.
"Sudah diberi menumpang, tak bersyukur langsung. Tak faham betullah dengan manusia macam ni," luahnya di Facebook Kisah Rumah Tangga.
Bagaimanapun, itu hanya cerita dari sebelah pihak sahaja.
Sementara itu, netizen berpendapat bahawa anak kepada pengadu juga perlu ditegur dalam hal ini.
"Ayat ini 'Dah dibagi menumpang, tak bersyukur' sepatutnya diberi kepada anak makcik, bukan kepada menantu. Jangan gatal nak berkahwin kalau tidak mampu nak menyediakan tempat tinggal untuk isteri sendiri.
"Menantu juga bukan orang gaji. Jangan fikir bila dapat menantu saja, macam dapat orang gaji nak suruh buat itu ini.
"Mungkin si menantu ada menolong melakukan kerja-kerja rumah, tetapi makcik pula jenis kaki kondem itu ini tak kena. Maka si menantu tiada pilihan selain duduk di dalam bilik buat hal sendiri.
"Nak ajak anak macik pindah, mungkin dia tahu suaminya tidak mampu," kata netizen.
Apa pandangan anda? Adakah perlu pasangan berkenaan berpindah agar tidak membebankan pengadu? Atau pengadu perlu cuba berfikiran positif dan mendidik menantunya?
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment