'Salam empat kipas, Najib lupa kereta terbang sebahagian daripada manifesto BN?'


ULASAN: 'Salam Empat Kipas' 
  1. Adakah Najib lupa kereta futuristik (kereta terbang) sebahagian daripada manifesto BN?
  2. Adakah Najib lupa, 11 bulan yang lalu dia kata "Kagum saya lihat kereta boleh terbang"?
  3. Adakah Najib lupa, Proton zaman dia PM janjikan kereta terbang pada tahun 2019?


Sebenarnya benda-benda positif seperti ini tak perlulah troll sangat. Usahlah dengki dan iri hati sangat. Saya nak kongsikan sedikit perkembangan dunia dengan katak-katak di bawah tempurung dan macai-macai yang baru keluar gua pasca 9 Mei 2018.

Ini antara syarikat-syarikat antarabangsa yang sedang melakukan R&D dalam teknologi kereta terbang. Ada gambar dan video real, kereta terbang tersebut boleh sentuh, boleh pandu, boleh terbang dan sebagainya.



1. PAL V (LIBERTY TOP)

Pal V merupakan sebuah pengusaha otomobil yang berpangkalan di Belanda. Model ini julung kalinya dipersembahkan di Top Marques Monaco 2017, kemudian Geneva Car Show 2018. Yang paling menarik, kenderaan terbang Pal V Liberty Top adalah selari dengan undang-undang lebuhraya darat dan udara yang sedia ada. Buat yang berminat, tempahan telah dibuka sejak Mac 2019.



2. AEROMOBIL (AEROMOBILE 3.0)

Aeromobile merupakan pengusaha kenderaan terbang yang bertapak di Slovakia. Prototaip pertama, Aeromobile dilancarkan pada tahun 2013. Pada tahun-tahun berikutnya, teknologi dicanggihkan. Akhirnya pada tahun 2017, Aeromobile 3.0 mula dijual di pasaran. Mereka kini dalam fasa Aeromobile 4.0. 



3. AIRBUS + ITALDESIGN (POP.UP)

Airbus adalah pembina kapal terbang manakala ItalDesign merupakan pereka design Ferrari, Lamborghini dan sebagainya. Konsep kereta terbang "Pop.Up" yang diusaha bersama antara Airbus dan Italdesign telah dipersembahkan julang kalinya di Geneva International Motor Show pada tahun 2017.



4. AUDI + AIRBUS + ITALDESIGN (POP.UP NEXT)

Konsep kereta terbang "Pop.Up NEXT" yang diusaha bersama antara Audi, Airbus dan ItalDesign adalah kereta terbang tanpa pemandu yang pertama di dunia. Ia dipersembahkan julang kalinya di Geneva International Motor Show pada tahun 2018. 



5. TERRAFUGIA (TRANSITION)

Terrafugia merupakan sebuah pengusaha otomobil milik Zhejiang Geely Holdings yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Prototaip pertama yang dilancarkan pada tahun 2009 akhirnya ditampilkan di New York International Auto Show 2012. Mereka kini dalam fasa terakhir R&D dan bercadang memulakan production untuk pasaran awam tahun ini. 

Antara syarikat-syarikat lain yang tidak disenaraikan pula termasuk EHang (China), eVolo (Jerman), Zee.Aero (Amerika Syarikat), Neva Aerospace (United Kingdom) dan banyak lagi.


Sememangnya industri otomobil seluruh dunia sedang meneroka kenderaan terbang. Malaysia berjaya ke tak, saya tak pasti. Yang saya pasti, ini bukan perkara baru. Teknologi telah lama wujud.

Seluruh dunia sedang menuju ke depan dengan kadar yang sungguh pantas. Tetapi kenapa pembangkang nak terus bangangkan orang Melayu dan mundurkan bangsa sendiri?



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.