'Ibu, dah 3 tahun... Saya penat, saya nak mati' - Pelajar bunuh diri selepas dibuli 2 gurunya


Seorang pelajar berusia 14 tahun bertindak membunuh diri selepas dibuli oleh dua guru sekolahnya, lapor Daily Mail

Mangsa, Zhanibek Zhuzdai mendakwa dua gurunya terbabit yang bernama Aisulu dan Zhanar yang merupakan adik beradik telah membulinya sejak tahu lalu dengan memberi pelbagai gelaran yang tidak sepatutnya. Malah dua beradik itu dengan biadab mengelar Zhanibek sebagai anak separuh yatim selain diejek setiap hari.

Perbuatan mereka berdua menjadi semakin teruk apabila suadara mangsa yang berusia lapan tuhan meninggal dunia akibat penyangkit.

Zhanibek bagaimanapun tidak memaklumkan kejadian itu kepada ibunya kerana dia enggan membuatkan ibunya berasa bimbang. Zhanibek sempat  meluahkan segala rasa yang terpendam pada sekeping nota bunuh diri sebelum dia mengambil keputusan untuk menamatkan riwayat hidupnya sendiri.

Mayat mangsa kemudian ditemui oleh ibunya, Kalamkas Zhuzdai. Ketika ditemui, mangsa dalam keadaan tergantung dan tidak bernyawa. Terkejut melihat keadaan itu, ibunya menangis dan hampir pengsan kerana tidak menyangka kejadian itu menimpa anaknya. 


"Aisulu dan Zhaner selalu memalukan saya. Mereka gelar saya macam-macam, malah mereka menghina ibu saya. Ibu, dah tiga tahun begini. Saya penat, saya nak mati," tulis mangsa dalam nota tersebut. 

Susulan kejadian itu, polis telah menahan dua suspek atas dakwaan mendorong mangsa untuk membunuh diri. 


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.