Kerajaan pertimbang kurangkan subsidi haji - Mujahid


14 Februari lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, subsidi haji akan dikekalkan di mana jemaah haji negara ini hanya perlu membayar sebanyak RM9,980 bagi musim haji tahun ini walaupun berlaku kenaikan daripada kos sebenar iaitu, RM22,900, berbanding RM22,450 pada musim haji tahun lalu. 

Bagaimanapun, dalam laporan Harian Metro hari ini, Mujahid berkata kerajaan akan mengurangkan beban subsidi Lembaga Tabung Haji (TH) ke atas jemaah haji sesuai dengan konsep Istito'ah. 

Menurutnya, konsep itu akan diperkenalkan pada masa depan bagi mengurangkan bantuan daripada TH. 

"RM22,900, itu kos sebenar haji. Kalau tidak cukup, dia tidak mampu. TH bantu kurangkan beban mereka, tetapi daripada sudut keperluan fekah, dia hanya boleh pergi haji dalam keadaan termampu," katanya ketika menjawab soalan dari Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) dalam sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat hari ini. 

Terdahulu, Mohd Nizar bertanya sama ada terdapat perbincangan dengan Kerajaan Arab Saudi bagi mengurangkan kos langsung haji sekali gus membantu meringankan beban jemaah haji. 

Jelas Mujahid, kemampuan adalah sebahagian syarat melakukan haji iaitu dari aspek kewangan. 

"Kita kena fahamkan jemaah bahawa ibadat haji perlu dipakai kaedah kemampuan sekali gus mengurangkan bebanan kos yang kita semakin hampir RM400 juta, tambah lagi RM12,920, maksudnya jemaah haji selama ini RM9,980 tetap saja. 

"Tidak naik, tapi kita setiap tahun makin bertambah tanggungan," katanya. 

Menjawab soalan tambahan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) yang ingin tahu berkaitan kuota haji yang diterima iaitu pakej muassasah kurang menyebabkan penggiliran lebih lama, Mujahid berkata, kuota Malaysia ialah 30,200 orang
“Dalam pembahagian, kita akan tumpukan lebih kepada pakej muassasah kerana layak mendapat bantuan subsidi daripada TH manakala pakej swasta, bayaran lebih tinggi,” katanya.

Sumber: Harian Metro


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.