'Anak Sabah/ Sarawak juga perlukan visa untuk berada di Malaya jika lawatan lebih 30 hari' - Peguam
Tidak dinafikan, ramai yang kurang faham mengapa Sabah dan Sarawak dilihat begitu tegas dalam usaha menuntut semula hak mereka sebagai 'negara', bukannya negeri dalam Malaysia.
Bukan itu saja, Sabah dan Sarawak juga menuntut hak keistimewaannya seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dibuat ketika dipelawa oleh Tanah Melayu untuk menyertai pembentukan negara Malaysia.
Untuk memahami MA63 sepenuhnya, sila baca di laman Wikipedia.
Baru-baru ini seorang peguam, Azam Aziz turut mengeluarkan pandangannya berhubung isu tersebut dan hairan mengapa 'Negara Tanah Melayu' tidak menuntut perkara yang sama.
"Saya memahami Sabah dan Sarawak nak menuntut hak mereka sebagai Negara, bukan sebagai Negeri-Negeri lain di Malaya.
"Yang saya tidak faham, mengapa Negara Tanah Melayu Malaya tidak menuntut hak yang sama seperti Sabah dan Sarawak?
- Anak Sabah dan Sarawak juga perlu visa untuk berada di Malaya jika lawatan lebih 30 hari.
- Anak Sabah dan Sarawak tidak boleh beramal sebagai peguam di Malaya tanpa kebenaran Hakim Besar Malaya.
- Mana boleh anak Sabah dan Sarawak memasuki apa-apa kontrak kerja di Malaya.
"Itu antara tiga contoh tuntutan Malaya. Kenapa Malaya takut nak bersuara?" soalnya.
REAKSI NETIZEN
"Patutnya macam tu. Diorang tuntut, kita pun tuntut benda sama. Siapa kerja sana, pakai visa, apply benda sama di sini juga. Sama juga kalau nak beli tanah, rumah dan lain-lain," kata Sharulnizam Mohamad Ali.
"Ini saya setuju, dalam page-page Sarawak dan Sabah, Malaya dikira sebagai perompak hasil negeri mereka. Orang Malaya yang tinggal atau datang untuk melancong ke Sabah dan Sarawak dilayan double standard di sana sedangkan mereka (Sabah/Sarawak) bebas di Tanah Malaya," kata John Dalmayan.
"Hak yang kami tuntut adalah perkara sama seperti hak kamu yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia iaitu keistimewaan orang Melayu dan bumi. Sebagaimana hak kamu dijamin dalam perlembagaan, sama juga hak kami yang sepatutnya dijamin dalam perjanjian Malaysia 1963.
"Apabila saudara mempertikaikan hak ini dengan menuntut benda yang sama keatas kami, maka ia adalah pertikaian yang sama dengan pertikaian kenapa Jawatan Perdana Menteri wajib dari kalangan orang Melayu ataupun kenapa bahasa Melayu harus dijadikan bahasa kebangsaan.
"Perkara ini amat sensitif seperti mana juga sensitifnya hak keistimewaan Orang Melayu di Semenanjung. Justeru kenyataan saudara ini boleh menguris perasaan ramai pihak terutamanya penduduk Sabah dan Sarawak.
"Saya meminta saudara lebih sensitif dan tidak cuba memainkan isu ini sekiranya saudara belum benar2 memahami tuntutan-tuntutan kaum peribumi Borneo Utara,(Sabah) Sarawak semasa menandatangani perjanjian Gagasan Malaysia 1963," kata Abd Aziz Lamdin.
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment