'Kalau dihentikan bantuan, mereka ugut nak viral' - Terkedu baca 10 kisah asnaf tak hargai bantuan


Geleng kepala membaca perkongsian Tuan Faisal Ibrahim mengenai kisah-kisah asnah yang dibantu tetapi langsung tidak memanfaatkan bantuan tersebut. 

Bantuan yang diberi bukan sahaja dalam bentuk tunai, malah ada yang diberi dalam bentuk 'pancing' di mana asnaf perlu mengusahakan tugas-tugas selebihnya bagi mendapatkan hasil. 

Malangnya, pelbagai alasan yang diberi untuk menyalahkan kegagalan mereka. Selepas kegagalan itu, mereka kembali meminta bantuan zakat dan berterusan begitu. 

Bukan semua golongan asnaf seperti itu, ada yang menerima dan memanfaatkan bantuan yang diberi. Cuma besar harapan kita semua agar golongan ini mampu keluar dari kancah kemiskinan dengan adanya usaha mereka sendiri. 

AKU nak kongsi beberapa kisah asnaf ringkas dan minta korang bagi cadangan macam mana lagi nak bantu orang yang sebegini. 

Ada ramai orang jadi miskin sebab musibah dan tak ada peluang. Tetapi sebenarnya, ramai juga yang kekal miskin sebab sikap PEMALAS mereka (pada pendapat aku). 

1. Bagi bantuan bot + enjin + peralatan nelayan harga RM20,000. Baru sebulan, semuanya dijual dengan harga tak sampai RM8,000. Selepas habis duit, datang lagi minta bantuan zakat. 

2. Bagi modal buat kolam ikan + benih anak-anak ikan. Ikan hilang, katanya masuk dalam tanah. 

3. Kumpulkan 4-5 asnah untuk projek pertanian berkelompok. Kebun disediakan, latihan diberi, benih sayuran, baju, sprinkler air lengkap. Tinggal kerja saja, tetapi sayur semua mati. Sedangkan di kebun sayur orang cina sebelah guna air parit saja, tapi subur-subur sayur mereka. 

4. Pergi melawat rumah asnaf pukul 8.00 pagi. Satu keluarga, suami + isteri dan tiga anak lelaki dewasa yang semuanya belum bangun tidur. Semua sihat dan tidak bekerja. 

5. Buat reban ayam, bagi anak ayam, janji beli ayam bila dah besar. Katanya ayam hilang. Anaknya cakap, ayah sembelih makan. 

6. Dicarikan kerja restoran, katanya penat. Kerja kilang, kena buang sebab ponteng. Kerja ikut kontraktor, curi barang. Tapi asyik minta zakat (muda + sihat). 

7. Bagi bantuan tunai untuk anak sekolah kat program agihan. On the way balik, terserempak 2-3 orang asnaf beli nombor ekor.

8. Buatkan sebuah rumah tiga bilik, free. Dia sewakan dan duduk rumah nak roboh, atap bocor dan sebagainya. Katanya jauh dari tempat kerja (tak sampai 5 kilometer). 

9. Dicarikan kerja, dia bagi alasan tak ada kenderaan. Bagi pinjam basikal, katanya penat mengayuh. Tak sampai 3 kilometer pun tempat kerjanya. 

10. Masa buat siasatan, rumah macam tempat pembuangan sampah, berbau busuk. Buang sampah luar tingkap, sampah banyak di halaman rumah. Lalang, rumput tinggi tingkap. Hampir tergelincir di dapur sebab simen berlumut. Baju berlonggok dalam plastik sampah. Orang dewasa ada tiga orang. 

Banyak lagi kisah sebegini sebenarnya. Memang tak boleh hentikan bantuan walau bagaimana sikap mereka. Kalau berhentikan bantuan, memang mereka ugut nak viralkan dan sebagainya. 

Mungkin anda ada idea kreatif untuk membantu? Ada 46,000 keluarga asnaf di Selangor (>300k asnaf), Wallahualam. 





Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.