Bayi 5 minggu maut selepas disunat ibu bapanya di rumah


Seorang bayi lelaki berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia selepas disunat oleh ibu bapanya di rumah, lapor Daily Mail.

Dalam kejadian pada waktu tengah hari Jumaat lalu, mangsa yang juga mengalami serangan jantung ketika itu dikejarkan ke sebuah hospital di Bologna, Itali, dengan menggunakan bantuan helikopter.

Malangnya, doktor gagal menyelamatkan bayi itu dan mangsa disahkan meninggal dunia pada malam hari yang sama.

Susulan kejadian itu, polis telah menahan ibu bapa mangsa untuk disiasat.

Dalam kejadian sebelum ini, seorang kanak-kanak berusia dua tahun di Rom, juga meninggal dunia akibat kehilangan banyak darah selepas disunat.

Dalam kes itu, adik kembarnya juga nyaris maut tetapi berjaya diselamatkan selepas diberi rawatan intensif.

Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.