'Total RM24,134, gila cane nak kawen ni?' - Lelaki ini terkejut tengok senarai barang keperluan sebelum kahwin, tapi netizen kata...
Perkara paling asas iaitu rumah, sebaik-baiknya diperoleh sebelum berkahwin. Dengan lambakan tips dan panduan di media sosial cara-cara membeli rumah pertama, usah risau. Adakalanya pakar hartanah ini sanggup memberi bantuan percuma kepada mereka yang bakal mendirikan rumah tangga ini.
Namun melihat pada senarai barangan keperluan yang dibuat oleh lelaki ini, boleh dikatakan agak besar juga perbelanjaannya. Tetapi pada akhir senarai, empunya tweet sendiri berkata "Gila, cane nak kawen ni?" jelas menunjukkan jumlah harga barangan yang dikehendaki itu agak mahal.
"Before married, I should have these basic items in my house:
- TV - RM2,499
- Bed frame - RM1,499
- Mattress + Pillow - RM2,397
- Sofa - RM3,185
- Dining set - RM3,060
- Wardrobe - RM4,395
- Refrigerator - RM3,499
- Washing machine - RM1,999
- Air conditioning - RM1,601
- Total: RM24,134
"Gila, cane nak kawen ni (Hahaha)" tulisnya.
Before married, i should have these basic items in my house;— ハディ (@_HadiGhazali) March 17, 2019
Tv rm2499
Bed frame rm1499
Mattress + Pillow rm2397
Sofa rm3185
Dining set rm3060
Wardrobe rm4395
Refrigerator rm3499
Washing machine rm1999
Air conditioning rm1601
Total rm24134
Gila cane nk kawen ni 😂😂
Beliau turut berkongsi gambar-gambar barangan tersebut yang kebanyakannya dari barangan IKEA.
"At the end, terpulang kepada diri masing-masing. Mana yang mampu tu, beli. Do your life planning. So nanti dapat tahu bajet banyak mana nak guna selepas kahwin," katanya.
Tidak dinafikan barangan IKEA semuanya cantik-cantik belaka dan sesuai dengan gaya hidup masa kini yang mahukan dekorasi simple tetapi nampak mewah dan menarik. Namun, netizen berpendapat tiada keperluan untuk terus membeli barangan yang harganya beribu ringgit.
fahamkan lah keperluan dan kehendak. itu je nasihat aku.— wan0 (@wan0listhiwa) March 19, 2019
dari
walid anak 4.
TV - 1300— MDAMRLL27 (@AdwaMurshid) March 19, 2019
PETI AIS - 1300
MESIN BASUH - 1300
KIPAS - 1300
MEJA MAKAN - MKN BERSILA
SOFA - SO GOOD
I think kalau baru kahwin and on budget you need to pilih2 barang yang perlu dulu. beli tv kecik dulu (RM600), bed frame (RM500), tilam (RM500), etc. my parents masa awal2 kahwin pun just bought cheap furnitures at 2nd hand shop. bila anak2 dah besar baru merasa furniture 8k-10k— ayam goreng (@misscasiolrmy) March 19, 2019
rasanya ada lebih murah janji pandai cari 🤔 but tak salah lebihkan dekt rumah dari majlis so buat lah majlis sederhana and selebihnya dekt rumah sbb rumah nk dduk lama kan— baby (@wardinasafiyah2) March 19, 2019
Lahh, beli yg biasa je. Byk lagi tempat yg harga affordable. Compare dulu and then baru buat pilihan. Jadi pengguna bijak :)— sara. (@_sarahsyakira) March 19, 2019
Tv 2000— LaraJinn (@Syaara_) March 19, 2019
Katil siap tilam bantal semua boleh dpt dlam 1000
Sofa 1500
Dining set 800
Wardrobe 1500
Refrigerator 1500
Washing machine 1000
Air cond kalau nak tido dlam kereta jelah
Kenapa ramai bitter? Kalau dah dia mampu dan dia nak keluarga dia selesa biar kan lah. Rezeki dia. Jeles ke?— fahrulazmi 🇲🇾 (@fahrulazmi) March 20, 2019
Sebaik-baiknya boleh memulakan rumah tangga dengan membeli barangan/perabot dengan harga berpatutan. Apa yang penting, pasangan sama-sama mencari dan mendekorasi rumah idaman masing-masing berdasarkan kreativiti sendiri.
Sumber: @_HadiGhazali
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment