Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri untuk penjawat awam diawalkan kepada 14 April



Kongress Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) semalam mencadangkan agar kerajaan meminda tarikh pembayaran gaji penjawat awam daripada 17 April kepada 14 April ini. 


Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata, cadangan itu dibuat bagi membolehkan penjawat awam membeli barangan untuk persediaan perayaan Aidilfitri yang dijangka disambut pada 22 April ini. 


Dalam masa sama, Cuepacs juga berharap pembayaran gaji awal itu turut membabitkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) berjumlah RM700 yang dijadualkan dibayar pada tarikh 17 April ini. 


Mengambil maklum mengenai cadangan itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dato' Dr. Zulkapli Mohamed dengan sukacitanya memaklumkan, kerajaan telah bersetuju untuk membuat perubahan ke atas tarikh pembayaran BKKA Tahun 2023 kepada Pegawai Perkhidmatan Awam dan Pesara Kerajaan daripada 17 April kepada 14 April 2023. 


Keputusan itu dibuat setelah mengambil kira keprihatinan dalam membantu meringankan beban penjawat awam dan pesara Kerajaan Persekutuan dalam mebuat persediaan untuk menyambut perayaan tidak lama lagi. 


Bagaimanapun, pembayaran gaji penjawat awam tidak terlibat dan kekal dibayar mengikut tarikh pembayaran yang telah ditetapkan sebelum ini, iaitu 17 April, Isnin depan. 


Sumber: Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.