'Buat susu 6 kali sehari, bangun tengah malam jaga anak, bila masa I curang?' - Shermine nafi dakwaan View Chin
Shermine Hau yang mendakwa suaminya, View Chin, curang dengan staff sendiri, Mira, tampil menyangkal segala kenyataan lelaki itu dan memaklumkan dia masih mempunyai banyak bukti yang belum didedahkan.
Dalam kenyataannya di Facebook petang semalam, Shermine menafikan dakwaan kononnya dia curang sebanyak dua kali. Sedangkan ketika itu dia banyak menghabiskan masa untuk menyusukan anak da tiada masa untuk curang.
"Buat susu enam kali sehari, bangun di tengah malam untuk jaga dan susukan anak di rumah, pergi kerja di office, hantar dan jemput anak di sekolah bagai."
Shermine berkata, dia masih ada bukti mengenai kecurangan View Chin yang belum didedahkan kepada umum.
Ibu kepada tiga anak itu juga menjelaskan bahawa, segala kenyataan View Chin yang disiarkan di portal berita Cina itu adalah tidak benar dan telah menyebabkan reputasinya terjejas.
Untuk itu dia akan mengambil tindakan undang-undang dan menuntut pampasan daripada pihak berkenaan.
Sumber: China Press
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment