Seorang remaja (OKU) maut disambar petir ketika bermain bola di padang, rakannya pula kritikal



Seorang remaja lelaki (OKU) dilaporkan maut, manakala rakannya pula kritikal akibat dipanah petir semasa ermain bola sepak di padang, Pekan Papar, Sabah, hari ini. 


Menurut laporan Harian Metro, kejadian yang berlaku pada jam 3.55 petang itu telah meragut nyawa Muhammad Zulqilfie Redzwan, 13, dan petugas perubatan yang datang ke lokasi kejadian turut mengesahkan perkara itu. 


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 4 petang. 


Sepasukan bomba dengan jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar dikerahkan ke lokasi kejadian. 


Tiba di lokasi, mereka menemui dua remaja lelaki berusia 13 tahun disambar petir sewaktu bermain sukan bola sepak. 


"Seorang mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian. Seorang lagi mangsa pula diberi rawatan awal sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.


Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan bomba menamatkan operasi pada jam 4.40 petang. 


Sumber: Harian Metro



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.