Suami cekik isteri sampai mati dalam bilik sewa, jiran lambat call polis sebab kehabisan kredit



Seorang wanita dilaporkan meninggal dunia akibat dicekik oleh suaminya semasa bertengkar di dalam bilik sewa di Jalan Pantai, Kota Kinabalu, Sabah, pagi tadi. 


Menurut jiran, pertengkaran pasangan itu mengejutkan penghuni berdekatan. Kira-kira jam 5 pagi, suspek datang mengetuk pintu jiran dan meminta mereka keluar dari bangunan berkenaan. 


Mengesyaki ada sesuatu yang berlaku, jiran berkenaan segera menghubungi polis pada jam 8 pagi.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd. Zaidi Abdullah berkata, sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi dan menemui mangsa dalam keadaan terbaring tidak bernyawa dan suaminya terbaring berdekatan dengan kesan kelar dan luka. 


Pemeriksaan pada badan mangsa menemui kesan luka di bahagian dahi dan kesan lebam di leher akibat dicekik. 


"Mangsa dipercayai dibunuh oleh suaminya sendiri berikutan terdapat kesan lebam di leher, dipercayai dicekik dan kesan luka di dahi," katanya. 


Polis juga tidak menolak kemungkinan pasangan itu bertengkar disebabkan konflik di antara suami isteri. Jiran juga mengaku ada terdengar mereka bertengkar. 


Namun jiran berkenaan sedikit lewat menghubungi pihak polis, kerana telefon bimbitnya tidak mempunyai kredit. 


Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I untuk dibedah siasat. Suspek sudah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 KAnun Keseksaan kerana membunuh. 


Sumber: Harian Metro



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.