Perniagaan di TikTok terjejas, View Chin akui ramai rakan kongsi nak tamatkan kerjasama



Influencer TikTok, View Chin, mengakui perniagaannya kini terjejas disebabkan pendedahan oleh bekas isterinya itu tular di media sosial. Selain itu, rakan kongsi dan jenama barangan terkemuka juga mahu menamatkan kerjasama dengan syarikatnya. 


Jelas View Chin, pendedahan Shermine itu benar-benar mendatangkan kesan pada perniagaannya dan netizen pula menyebarkan info palsu mengakibatkan dia dan kakitangan diserang di media sosial. 


Oleh kerana tiada pilihan lain, View Chin terpaksa menghentikan perniagaannya buat sementara waktu. 


View Chin juga menerima mesej daripada rakan kongsi perniagaan dan jenama terkemuka menuntut kerjasama di antara mereka dihentikan. 


Dia kini merayu agar semua pihak memberikannya masa untuk menangani semua permasalahan itu dan akan memberi respon kepada semua rakan niaga/jenama terkemuka satu persatu bagi mencari jalan penyelesaian.


View Chin juga meminta Shermine tidak lagi mendedahkan hal rumah tangga mereka kepada umum kerana bimbang kerana bimbang dengan keselamatan anak-anaknya. 


"Saya harap semua perkara ini dapat diselesaikan dan berhenti libatkan lebih ramai orang," katanya. 


Dia turut menggesa Shermine untuk tampil bertemu dengannya bagi menyelesaikan masalah tersebut. 


"Kalau ini pengakhiran yang awak mahu, awak boleh salahkan saya untuk segala-galanya, atau awak boleh pilih untuk berbincang bersama. Pilihan di tangan awak," katanya.


Sumber: China Press



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.