'Mira tak pernah berkahwin' - View Chin nafi dakwaan yang tular di media sosial



Baru-baru ini tersebar di media sosial dakwaan yang mengatakan Mira pernah berkahwin berikutan tularnya gambar Mira bersanding di pelaminnya dan juga gambar bersama seorang lelaki. 


Bagaimanapun, influencer TikTok, View Chin, 33, tampil menafikan dakwaan tidak berasas itu dan menjelaskan Mira sebenarnya tidak pernah berkahwin. 


Menurut View Chin, gambar yang tular itu adalah gambar yang dirakam dua tahun lalu di mana Mira bertunang dengan jejaka pilihan. Malah, View Chin dan isterinya, Shermine turut menghadiri majlis pertunangan itu.




"Mira tak pernah berkahwin. Gambar yang tersebar itu hanyalah majlis pertunangan sahaja.


"Mira ada memaklumkan, personaliti mereka berdua tidak sepadan dan disebabkan itu mereka mengambil keputusan untuk berpisah," katanya. 


Jelasnya lagi, Mira tidak pernah berkahwin dan dakwaan yang tersebar di media sosial adalah tidak benar. 


Sumber: China Press



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.