Shermine dakwa Mira batalkan pertunangan sebab dah jalinkan hubungan dengan View Chin
Shermine Hau yang mendakwa suaminya, View Chin, curang dengan staff sendiri, akan membuat aduan pada pejabat berkuasa agama berhubung tindakan Mira atau Amirah Aqilah yang telah merosakkan rumah tangganya, dan menyerahkan kepada pihak berkenaan untuk mengambil tindakan terhadap Mira.
"Saya akan buat aduan kepada pihak berkuasa agama. Saya telah berbincang mengenai perkara ini dengan peguam dan akan menyerahkan sepenuhnya kepada peguam untuk tindakan lanjut," katanya.
Dalam temubual eksklusif bersama Sin Chew Daily, Shermine berkata dia mengetahui Mira ada hubungan sulit dengan suaminya. Namun Mira katanya tidak pernah memohon maaf kepadanya, apatah lagi menghubunginya untuk memberi penjelasan.
Selepas dia mendedahkan perbuatan mereka di media sosial, Mira terus menghilangkan diri dan tidak lagi mengemaskini akaun media sosialnya.
"Dia langsung tidak menghubungi saya dan saya percaya dia sedang bersembunyi," katanya.
Dalam pada itu, Shermine menafikan dakwaan yang mengatakan Mira telah berkahwin. Jelasnya, Mira hanya pernah bertunang tetapi pertunangan itu tidak diteruskan kerana menjalinkan hubungan dengan View Chin.
"Mira belum berkahwin, dia cuma bertunang. Pada penghujung tahun 2021, kami sendiri yang datang ke majlis pertunangannya. Ibu dan bapanya pun ada nampak kami datang dan ketika itu saya sedang mengandung.
"Tetapi saya rasa dia putuskan tali pertunangan kerana dia telah menjalinkan hubungan dengan View Chin," katanya.
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment