Syarikat produksi hanya tawarkan RM200 untuk Wan Maimunah jayakan telefilem, konon penonton tak nak tengok artis lama



Pelakon veteran, Wan Maimunah, 65, kesal dengan tindakan sebilangan besar syarikat produksi yang memberi bayaran terlalu rendah, seperti menafikan usaha dan mutu lakonan yang dimilikinya.


Menurutnya, dia pernah ditawarkan dengan bayaran RM200 bagi menjayakan sebuah telefilem dan syarikat produksi memberi alasan kononnya penonton tidak lagi mahu melihat artis-artis lama di kaca TV. 

 

Disebabkan hal seperti itulah yang membuatkan dia lebih rela berlakon dalam filem pendek dengan 'budak-budak baru' yang jujur dan berterus-terangan mengenai bajet yang ada. 


"Kadang-kadang syarikat produksi lama ini beri alasan stesen teleisyen pilih pelakon dan kononnya penonton tak nak tontong lagi artis-artis lama. 


"Sudahlah, saya sudah cukup penat dengan isu ini. Benda ini sudah lama berlaku, puluhan tahun masalah sama berulang. Selalunya bukan salah syarikat produksi, tetapi pengurus produksi yang mencaras soal bayaran.  


"Telefilem itu tahun lepas sehingga menyebabkan saya bukan setakat kecewa, tetapi hati ini sudah hancur luluh. "Ibarat kaca sudah pecah, bila dicantumkan retaknya masih kelihatan," katanya. 


Tahun lalu, Wan Maimunah pernah mendedahkan dia tidak menerima bayaran setimpal selepas bekerja dengan sebuah syarikat produksi tempatan. Keculasan syarikat produksi itu membuatkan dia terpaksa 'mengemis' bayarannya sendiri. 


Sumber: Utusan, Roti Kaya



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.