Pembantu rumah dipenjara 6 bulan kerana gigit bayi 14 bulan yang tak nak tidur



Seorang pembantu rumah warga Indonesia di Singapura dijatuhkan hukuman penjara enam bulan pada 4 April lalu atas kesalahan mendera bayi perempuan berusia 14 bulan yang diasuhnya. 


Masita Khoridaturochmah, 33, didakwa atas pertuduhan menganiaya mangsa dengan menggigitnya secara sengaja sehingga menyebabkan kesakitan fizikal hanya kerana bengang dengan mangsa yang enggan tidur. 


Menurut dokumen mahkamah, Masita diambil bekerja untuk menjaga mangsa dan dua lagi kakak kembarnya pada 2021. Selain itu, Masita juga ditugaskan untuk melakukan kerja-kerja rumah. 


Perbuatan pembantu rumah it terbongkar selepas majikannya menyedari terdapat kesan gigitkan pada badan mangsa ketika hendak menidurkan kanak-kanak itu pada 6 Mei 2022. Mangsa digigit pada hari yang sama ketika majikannya keluar untuk mengambil anak sulungnya pulang dari sekolah. 


Majikannya mengesyaki Masita telah menggigit mangsa lalu berdepan dengan pembantu rumah berkenaan. Masita pada awalnya menafikan tuduhan itu dan akhirnya mengalah serta melutut meminta maaf kepada majikannya. 


Tidak berpuas hati dengan perbuatan Masita, majikan membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. 


Sumber: Today Online, World of Buzz



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.