'Buat apa nak bayar kalau saya tak bersalah?' - Yana Samsudin nafi pecahkan pasu RM400K milik Aliff Syukri



"InsyaAllah mampu je bayar, kalau betul saya bersalah," kata pelakon Yana Samsudin berhubung insiden pasu bernilai RM400,000 milik ahli perniagaan sensasi Aliff Syukri, pecah ketika sesi penggambaran di kediamannya baru-baru ini. 


Dalam kenyataan ringkas Yana menerusi Instagramnya berkata, dia yakin dirinya tidak bersalah dalam hal itu. Malah dia mempunyai bukti yang kukuh. 


"Kalau saya tak bersalah, buat apa saya nak bayar. Saya dah cakap, mula-mula saya tak nak pegang pun pasu tu bila dapat tahu itu pasu mahal dan antik. 


"Saya pun ada rakaman (video). P.A saya dua orang semua ambil video masa tu keseluruhan kejadian," jelasnya. 



Berhubung kenyataan Aliff yang mahu menghantar surat saman, Yana tidak mahu menggulas lanjut kerana menghormati bulan Ramadan. Isteri kepada Fadzil Zahari itu hanya mampu berserah. 


"Maaflah Dato', saya puasa. Kalau nak hantar surat (saman), hantarlah Dato'," katanya. 




Terdahulu, video Aliff bergelut dengan Fadzil tular di media sosial mengundang perhatian netizen. Dalam video tersebut, Aliff tidak berpuas hati pasunya dipecahkan dan Fadzil pula menegaskan mereka boleh membayar ganti rugi tetapi tidak boleh menerima cara Aliff yang didakwa menghina mereka. 


Sumber: Instagram Yana Samsudin



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.